Page 60 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 60

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



               PROGRAM KCSG (KOKURIKULUM CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG)


               Azmi Bin Ahmad, Junaidi Bin Abdul Rahim & Shamsul Izwan Bin Shamsudin
               SMK Padang Piol, Jerantut, Pahang
               nawzi181@yahoo.com

               Abstrak

               Inovasi yang dibangunkan pada tahun 2022 ini secara umumnya bertujuan untuk membantu
               meningkatkan kemenjadian murid SMK Padang Piol terutamanya dalam bidang kokurikulum.
               Terdapat  dua  masalah  yang  dapat  dikenal pasti  yang  menjadi  penggerak  utama  untuk
               menghasilkan  inovasi  ini.  Masalah  yang  pertama  adalah  gred  pencapaian  GPS  PAJSK
               sekolah yang rendah pada tahun 2021 iaitu 2.69. Masalah yang kedua pula ialah isu kehadiran
               murid yang kurang memuaskan. Dengan itu terhasillah inovasi ini yang diberi nama Program
               KCSG (Kokurikulum Cemerlang Sekolah Gemilang). Terdapat dua objektif yang ingin dicapai
               daripada  penghasilan  inovasi  ini  iaitu  yang  pertama  ialah  untuk meningkatkan  pencapaian
               GPS PAJSK kepada target yang ditetapkan oleh PPD Jerantut. Objektif yang kedua adalah
               untuk memastikan peningkatan dalam kehadiran murid ke sekolah. Program yang dijalankan
               untuk inovasi ini terbahagi kepada tiga aktiviti iaitu aktiviti yang pertama ialah mengadakan
               perjumpaan  kokurikulum  pada  setiap  hari  selasa  dan  rabu  pada  waktu  pagi.  Aktiviti  yang
               kedua pula ialah menganjurkan permainan dalaman peringkat sekolah seperti Kejohanan Mini
               Olahraga  dan  Pertandingan  Badminton  Piala  Pengetua.  Aktiviti  yang  ketiga  ialah
               menggalakkan murid untuk menyertai sebanyaknya pertandingan online pada pada pelbagai
               peringkat  terutamanya  peringkat  negeri  dan  kebangsaan.  Impak  yang  peroleh  daripada
               penghasilan inovasi ini adalah yang pertama telah meningkatkan GPS PAJSK sekolah dari
               2.69 kepada 2.30 sekaligus mencapai target yang ditetapkan oelh PPD. Impak yang kedua
               ialah inovasi ini telah meningkatkan kehadiran pelajar kepada lebih dari 85% pada hari selasa
               dan rabu.

               Kata Kunci: Inovasi, Kokurikulum Cemerlang Sekolah Gemilang, Pengurusan Kokurikulum



               PENGINOVATOR














                      AZMI BIN AHMAD          JUNAIDI BIN ABDUL RAHIM      SHAMSUL IZWAN BIN SHAMSUDIN
                     GPK Kokurikulum            Setiausaha Kokurikulum           Setiausaha Sukan



               VIDEO INOVASI

               Sila imbas QR Code ini                                 Sila tekan link YouTube ini

                                                                    https://youtu.be/DyuZ7Rjne78








                                                           42             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65