Page 63 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 63

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



               DASHBOARD i-KLIEN2.01


               Wan Mahera Binti Wan Talib, Juraidah Binti Mohd Nooh, Hairul Azuan Bin Ahdan & Azmie
               Daniel Bin Idris ,
               Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

               mahera.talib@moe.gov.my

               Abstrak

               Perkhidmatan kaunseling amat penting bagi membantu perkembangan potensi dan diri klien
               ke arah kehidupan yang lebih baik. Dashboard i-Klien ini dibangunkan untuk mengenalpasti
               perkembangan  klien  setelah  sesi  kaunseling  dijalankan.  Sebelum  dashboard  i-Klien  di
               jalankan, sesi kaunseling hanya menggunakan status “Sesi Susulan” dan “Sesi Tamat”. Status
               ini  tidak  dapat  menggambarkan  proses  sesi  kaunseling  secara  keseluruhan  dan
               perkembangan klien tidak dapat diukur dengan jelas. Berikut adalah 6 tahap perkembangan
               yang  terdapat  dalam  dashboard  i-Klien:  Tahap  1  –  Klien  dalam  makluman  Kaunselor
               Pendidikan  Daerah.Tahap  2  –  Klien  bersedia  berkongsi  isu.Tahap  3  –  Klien  belum
               menunjukkan perubahan positif.Tahap 4 – Klien menunjukkan perubahan positif. Tahap 5 –
               Klien  dilepaskan  dengan  bimbingan/pemantauan.  Tahap  6  –  Klien  telah  dapat  bertindak
               dengan  rasional  dan  lebih  positif.  Bermula  pada  pertengahan  2022,  beberapa
               penambahbaikan telah dilakukan. Antara penambahbaikan yang telah dijalankan ialah muka
               depan dashboard yang lebih menarik, jelas dan interaktif. Selain itu pengisian maklumat klien
               daripada  Microsoft  Excell  kepada  google  form  yang  lebih  mesra  pengguna  dan  terdapat
               penambahbaikan dari segi tahun dan proses perkembangan tahap klien. Kajian keberkesanan
               penggunaan  Dashboard  i-Klien2.0  yang  dijalankan  kepada  Kaunselor  Pendidikan  Daerah
               (KPD)  di  seluruh  Negeri  Johor  menunjukkan  semua  KPD  (100%)  bersetuju  bahawa
               Dashboard  i-Klien2.0  lebih  mudah  dan  cepat  diakses,  pengurusan  maklumat  secara
               bersepadu  lebih  efektif,  dapat  mengenal  pasti  tahap  perkembangan  klien,  pelaporan  dan
               analisis perkhidmatan kaunseling dan psikologi lebih berfokus dan yang lebih utama adalah
               melalui  Dashboard  i-Klien2.0  dapat  meningkatkan  kualiti  kerja  KPD.  Dashboard  i-Klien2.0
               dilihat sangat berpotensi untuk dikembangkan dan dikomersialkan kepada organisasi lain.

               Kata Kunci: Inovasi, Dashboard i-Klien2.0, kaunseling



               PENGINOVATOR











                  PN WAN MAHERA BINTI       PN JURAIDAH BINTI   EN HAIRUL AZUAN BIN     EN AZMIE DANIEL BIN
                     WAN TALIB                MOHD NOOH             AHDAN                    IDRIS
                     KAUNSELOR                KAUNSELOR             PEN PPD               JURUTEKNIK
                  PENDIDIKAN DAERAH        PENDIDIKAN DAERAH    PEMBANGUNAN MURID          KOMPUTER


               VIDEO INOVASI

               Sila imbas QR Code ini                                 Sila tekan link You Tube ini

                                                                         https://rb.gy/f5okw




                                                           45             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68