Page 67 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 67

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



               PEMBINAAN MODUL MOTIVASI AYUH BANGKIT TERAPI MENINGKATKAN
               MOTIVASI BELAJAR PASCA PANDEMIK COVID-19

               Haziq Azree bin Yazid
               Bahagian Tajaan Pendidikan
               Kementerian Pendidikan Malaysia

               haziqazree7@gmail.com

               Abstrak

               Modul  Motivasi  Ayuh  Bangkit  (MMAB)  ialah  produk  inovasi  dalam  bidang  Bimbingan  dan
               Kaunseling yang dibangunkan bagi meningkatkan motivasi belajar murid-murid sekolah pasca
               pandemik  Covid-19.  Pembangunan  inovasi  adalah  kerana  ramai  murid  di  Malaysia  kurang
               motivasi  untuk  mengikuti  Pengajaran  dan  Pembelajaran  di  rumah  (PDPR).  Modul  ini
               dinamakan Motivasi Ayuh Bangkit bertujuan untuk meningkatkan motivasi dalaman dan daya
               tahan diri murid-murid. Pembangunan modul ini pada awalnya adalah kerana statistik Jabatan
               Pendidikan Negeri Sembilan mendapati ramai murid di sekolah sekitar negeri  sembilan tidak
               menghadiri PDPR. Oleh itu, Modul Motivasi Ayuh Bangkit dalam bentuk slide  pembentangan
               power point dan video rakaman selama 1 jam 30 minit telah dibangunkan  dalam empat versi
               iaitu Motivasi UPSR untuk murid sekolah rendah, Motivasi PT3 untuk murid  tingkatan 1 hingga
               3, Motivasi SPM untuk murid tingkatan 4 hingga 5 dan Motivasi STPM  untuk murid tingkatan
               6 rendah dan  6 atas. Hasil pengujian secara eksperimental  Modul  Motivasi  Ayuh  Bangkit
               (MMAB) dapat meningkatkan min motivasi 30 orang murid kumpulan  rawatan daripada 107.9
               kepada  117.5.  Selain  itu,  hasil  soal  selidik  yang  diedarkan  menggunakan  google form
               kepada  3233  murid-murid  seluruh  negara  yang  menyertai  MMAB  dalam  talian  mendapati
               MMAB  berkesan  meningkatkan  motivasi  belajar  dalam  diri  mereka.  Modul  Motivasi  Ayuh
               Bangkit telah disebarluaskan kepada 107 buah sekolah di seluruh  negara sepanjang tahun
               2021 dan telah berjaya meraih jualan sebanyak RM 20,400.


               Kata Kunci: Inovasi, Modul Motivasi Ayuh Bangkit, Bimbingan dan kaunseling


               PENGINOVATOR




















               VIDEO INOVASI


               Sila imbas QR Code ini                                 Sila tekan link YouTube ini

                                                         https://www.youtube.com/watch?v=BMCrGuurks4






                                                           49             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71