Page 69 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 69
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
PRO ESREC
Amirullah Bin Hj Laupe, Nor Abdi Bin Jaumi, Jumaisah Binti Ware, Che Siti Yusnany Binti
Abdullah
Kolej Vokasional Lahad Datu, SMK Segama Lahad Datu
g-69252373@moe-dl.edu.my
Abstrak
Penulisan Kajian Tindakan atau Kajian Inovasi Pendidikan merupakan suatu kaedah untuk
menerjemahkan proses penyelidikan dalam bentuk dokumentasi. Penulisan yang baik akan
dapat menerangkan keseluruhan proses penyelidikan. Hal ini bukan sahaja berfokuskan
kepada format penulisan semata-mata namun juga berkait rapat dengan penguasaan
seseorang penyelidik terhadap penyelidikan yang dijalankan. Masalah yang dikenalpasti
ialah, pensyarah kurang penguasaan terhadap projek kajian penyelidikan atau kajian inovasi
yang dijalankan. Hal ini menyebabkan pensyarah hilang fokus terhadap kandungan sebenar
penyelidikan yang mereka laksanakan. Pro Ecrec merupakan suatu inovasi untuk
meningkatkan penguasaan pensyarah didalam penulisan kajian Tindakan atau kajian inovasi.
Pensyarah dapat menguasai kefahaman terhadap inti suatu kajian untuk meningkatkan
penguasaan terhadap penulisan. Konsep Pro Esrec ialah pensyarah “Faham inti untuk
menguasai kandungan penyelidikan”. Kaedah Pro Esrec membolehkan pensyarah lebih fokus
dalam penulisan. Pro Esrec perlu diperluaskan untuk membantu pensyarah atau guru dalam
penulisan kajian Tindakan atau kajian inovasi Pendidikan disamping dapat meningkatkan
motivasi untuk menghasilkan lebih banyak kajian Tindakan atau kajian inovasi Pendidikan.
Kata Kunci: Inovasi, Pro Esrec , Pengurusan
PENGINOVATOR
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/_UVBMGEDdKU
51 Inovasi Memangkin Budaya Madani