Page 68 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 68

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)

               SMART TOOL ACTION RESEARCH

               Noraazian binti Osman (Ph.D), Itaerdayu binti Shahidan,Azahzuhrah binti Azhari, Elyana binti
               Azmee
               Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang, Perak.

               noralinus73@gmail.com

               Abstrak


              Kajian Tindakan (KT) merupakan satu bentuk penyelidikan ringkas yang telah diperkenalkan di
              peringkat sekolah. Tujuan pengenalannya adalah untuk memastikan budaya penyelidikan dapat
              dipupuk  dalam  kalangan  guru.  KT  juga  didapati  membantu  guru-guru  untuk  membuat
              penambahbaikan  secara  professional  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Budaya  ini  telah
              dipupuk melalui beberapa cara yang telah diperkenalkan oleh pihak penggubal dasar. Sekiranya
              guru-guru  mampu  untuk  menyelesaikan  masalah  berdasarkan  KT  maka  guru-guru  mampu
              untuk  membuat  pelbagai  perubahan.  Namun  demikian  KT  kurang  mendapat  sambutan  di
              kalangan Guru Pemulihan  Khas  dalam  daerah Batang  Padang.  Smart Tool  Action  Research
              (STAR)  diperkenalkan  bagi  mebantu  guru-guru  membuat  catatan  pembudayaaan  kajian
              tindakan  di  peringkat  sekolah.  STAR  mengandungi  kajian  tindakan  sehelai  (bagi  mencungkil
              idea guru bedasarkan rancangan pengajaran) dan juga Smart Table yang berbentuk jadual bagi
              guru-guru membuat catatan dalam bentuk jadual setelah mereka melakukan kajian tindakan.
              Dapatan daripada bengkel kajian Tindakan yang dijalankan di peringkat daerah ternyata Guru-
              Guru  Pemulihan  Khas mempunyai  pelbagai  idea  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Hasil
              dari temu bual bersama beberapa orang guru mereka mengatakan amat sukar untuk membuat
              penulisan dalam kajian tindakan jika tidak mempunyai panduan penulisan yang jelas. Seramai
              12 orang guru telah berjaya menghantar laporan kajian tindakan walaupun tempoh masa belum
              berakhir.  Ini  membuktikan  Inovasi  STAR  yang  digunakan  dapat  menggalakkan  guru  untuk
              menulis laporan kajian tindakan di peringkat sekolah.

               Kata Kunci: Kajian Tindakan, Catatan Pembudayaan Kajian tindakan, Guru Pemulihan Khas


               PENGINOVATOR













                Dr Hjh Noraazian   Puan Itaerdayu    Puan Azahzuhrah  Puan Elyana        Encik
                binti Osman       binti Shahidan     bt Azhari          binti Azmee      Mohd.Khairi
                                                                                         Azhar bin Ayub


               VIDEO
               INOVASI

               Sila imbas QR Code ini                                 Sila tekan link You Tube ini

                                                          https://www.youtube.com/watch?v=W_Hi_jHT5Jg









                                                           50                Inovasi Memangkin Budaya Madani
   63   64   65   66   67   68   69   70   71