Page 66 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 66

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



                E-QUARTER

                Azhar bin Sulaiman, Rifatulinah binti Abd Majid, Nur Hidayah binti Mohamad, Noraini binti
                Ishak, Roslinda binti Abd Jalil
                Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Telok Datok, 42700 Banting, Selangor.

                haa792014@gmail.com

                Abstrak

                e-Quarter  adalah  projek  inovatif  yang  dibangunkan  untuk  memudahkan  perancangan  dan
                pengurusan    kewangan  kerajaan  mengikut  suku  tahun  yang  telah  ditetapkan  secara
                sistematik. Projek ini bertujuan  untuk mengesan aktiviti kewangan semasa dan memudahkan
                pemantauan  dan  akses  ke  laporan  perbelanjaan  tahunan  dengan  terperinci.  e-Quarter
                menggunakan  perisian  Microsoft  Excel  untuk       memudahkan  alokasi  perbelanjaan
                berdasarkan  suku  tahun  yang  ditetapkan.  Selain  itu,  elemen  berwarna  digunakan  untuk
                memudahkan  pemantauan  perbelanjaan,  dengan  hijau  menunjukkan  perbelanjaan  dalam
                bajet,  kuning  menunjukkan  perbelanjaan  melebihi  bajet,  dan  merah  menunjukkan
                perbelanjaan tidak mencapai bajet. Kelebihan inovasi ini termasuk pemantauan pengurusan
                kewangan     secara  sistematik  dalam  fungsi  jabatan/organisasi,  memenuhi  keperluan
                pelanggan  dan  pihak  berkepentingan  dengan  membantu  ketua  unit,  ketua  program,  dan
                ketua jawatankuasa  dalam  merancang perbelanjaan mengikut suku tahun yang ditetapkan.
                Ia juga membantu memudahkan tugas  pembantu pentadbiran kewangan dalam organisasi
                kerajaan.  Inovasi  ini  memastikan  pengurusan   kewangan  yang  sistematik,  memenuhi
                keperluan  pelanggan  dan  pihak  berkepentingan,  selaras  dengan  agenda  nasional,  dan
                merangkul digitalisasi dalam pengurusan kewangan. Projek rintis ini telah  dilaksanakan di
                Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad dan sekolah berhampiran di Kuala Langat.


                Kata Kunci: Inovasi, e-Quarter, pengurusan kewangan


                PENGINOVATOR


                Letak  gambar  ahli  pasukan  innovator  mengikut  kreativiti.  Gambar  dan  nama  sahaja  pun
                boleh

















               VIDEO INOVASI

               Sila imbas QR Code ini                                 Sila tekan link YouTube ini
                                                                    https://youtu.be/42UFNzsEGyI










                                                           48             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71