Page 62 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 62

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



               THE MAGIC OF PLAY


               Gan Seng Thiam, Zulcafli bin Bakatar, Gooh Mo Lee, Siti Hajar binti Wahid,
               Nurul Syafiqah binti Samad
               SK(P) Methodist 2, Melaka

               moleegooh@gmail.com



               Abstrak

               Kanak-kanak pada masa kini banyak menghadapi masalah kesihatan mental disebabkan oleh
               faktor-faktor seperti perceraian ibu bapa, keganasan rumah tangga, penderaan dan isu sosial
               yang  lain.  Kanak-kanak  akan  melalui  pengalaman  yang  traumatik  semasa  berhadapan
               dengan  Masalah  sosial  tersebut.  Pengalaman  traumatik  tersebut  akan  tersimpan  di  dalam
               minda  separa  sedar  walaupun  mereka  cuba  melupakan  emosi  sedih,  marah,  kecewa  dan
               takut.  Kanak-kanak  tersebut  akan  berasa  sukar  berkomunikasi  secara  verbal  untuk
               meluahkan emosi yang terpendam dan cenderung untuk mendiamkan diri. Justeru, kaunselor
               di  sekolah  berperanan  penting  untuk  membantu  kanak-kanak  yang  berhadapan  dengan
               masalah  emosi,  tingkah  laku  dan  sosial  di  sekolah.  Kaunselor  boleh  menggunakan
               pendekatan “ The Magic of Play” iaitu terapi bermain di seting sekolah sebagai satu inovasi
               untuk  membantu  kanak-kanak  secara  lebih  interaktif,  kreatif  dan  berkesan.  Oleh  yang
               demikian,  anak  patung  bercirikan  norma  dan  budaya  masyarakat  Malaysia  yang  berbilang
               kaum  telah  dihasilkan.  Hasilnya,  kanak-kanak  dapat  meluahkan  emosi,  tingkah  laku  dan
               pengalaman  dalam  keadaan  yang  bebas  dan  selamat.  Kanak-kanak  dapat  menguasai
               pengalaman dan idea baru, berkeyakinan untuk menyelesaikan masalah.



               Kata Kunci: Inovasi, Terapi bermain, Kanak-kanak



               PENGINOVATOR






















               VIDEO INOVASI

               Sila imbas QR Code ini                                          Sila tekan link YouTube ini


                                                                           https://youtu.be/rx73I18oeO4







                                                           44             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67