Page 65 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 65
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
STARZZ E-NILAM DAR KC
Khairunnisa binti Abd Hamid, Naziratul Nazira binti Abdul Samad, Muhammad Amir Syazani
bin Masdar
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali, Ampang, Selangor
khairunnisaabdhamid@gmail.com
Abstrak
Starzz E-NILAM DAR KC merupakan satu inovasi yang dibangunkan dalam Pusat Sumber
Sekolah, DAR Knowledge Centre (DAR KC) di SMK Dato’ Ahmad Razali. Starzz E-NILAM
merupakan kad ganjaran yang digunakan bagi menarik minat murid untuk merekod e-NILAM
sekaligus meningkatkan budaya membaca dalam kalangan warga SMK Dato’ Ahmad Razali.
Hal ini kerana murid lebih gemar meminjam buku yang dibaca tanpa merekodkan dalam
pautan e-NILAM yang diberikan. Selain itu, murid lebih suka mencari bahan info internet atau
bermain permainan atas talian daripada menggunakan masa tersebut untuk merekod bahan
bacaan e-NILAM mereka. Dengan adanya kad Starzz E-NILAM DAR KC, murid akan lebih
bersemangat untuk merekod e-NILAM mereka dengan ganjaran yang akan disediakan. Setiap
lima bintang data rekod e-NILAM yang telah diisi akan ditukarganti dengan Baucar Koperasi
Sekolah yang boleh dibelanjakan di Koperasi sekolah. Hal ini dapat menggalakkan murid
untuk berusaha merekod bahan bacaan sebanyaknya dalam sistem e-NILAM. Hal ini
sekaligus meningkatkan jumlah murid dalam mengumpulkan mata PAJSK tertinggi
berdasarkan rekod e-NILAM. Impaknya amalan membudayakan merekod e-NILAM dapat
berjalan dengan lebih proaktif dan sekaligus meningkatkan bilangan murid mendapat markah
PAJSK tertinggi pada tahun semasa.
Kata Kunci: Starzz E-NILAM DAR KC, Pengurusan Pusat Sumber
PENGINOVATOR
KHAIRUNNISA BINTI ABD HAMID NAZIRATUL NAZIRA BINTI MUHAMMAD AMIR SYAZANI
Guru Perpustakaan dan Media ABDUL SAMAD BIN MASDAR
(GPM) AJK DAR KC AJK DAR KC
SMK Dato’ Ahmad Razali SMK Dato’ Ahmad Razali SMK Dato’ Ahmad Razali
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://www.youtube.com/watch?v=V8Sl1D9
LEr8
47 Inovasi Memangkin Budaya Madani