Page 70 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 70

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



               SISTEM E-PELAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI PSS DAERAH ALOR GAJAH


               Mohd Izwan bin Othman, Mohd Rizal bin Maslah
               Unit Sumber Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah

               md.izwan@moe.gov.my


               Abstrak

               Unit  Sumber  Teknologi  Pendidikan  (USTP)  PPD  bertanggungjawab  dalam  menguruskan
               pelaporan program dan aktiviti  PSS  97 sekolah-sekolah daerah Alor Gajah. Pihak sekolah
               perlu  menghantar  pelaporan  Galakan  Membaca  Murid,  Galakan  Membaca  Guru,  Program
               NILAM, Program Literasi Maklumat, dan Program KBAT. Guru Perpustakaan Media (GPM)
               bertanggungjawab  menghantar  dan  menyediakan  laporan  ke  PPD,  JPN  dan  di  peringkat
               sekolah. Ini menyebabkan mereka perlu menyediakan dua atau lebih pelaporan yang sama
               dan laporan yang telah dihantar tidak boleh diakses oleh pihak USTP. Hal demikian, pihak
               USTP Alor Gajah telah menghasilkan sistem e-pelaporan program dan aktiviti PSS secara
               dalam  talian.  Objektif  inovasi  ini  adalah  untuk  memastikan  pelaporan  program  dan  aktiviti
               lebih  mudah  diperingkat  GPM,  menjadikan  pengurusan  pelaporan  lebih  teratur  dan
               sistematik, dan memudahkan pelaporan diakses oleh pihak PPD dan JPN. Inovasi ini dibina
               dengan  menggunakan  aplikasi  Google  seperti  Google  Drive,  Google  Form,  Looker  Studio
               dan Autocrat. Pihak GPM hanya perlu mengisi sekali di borang pelaporan di Google Form,
               dan  maklumat  akan  dijana  di  dalam  bentuk  pelaporan  di  Google  Docs  dan  LookerStudio.
               Pihak  PPD,  JPN  dan  sekolah  juga  boleh  mengakses  pelaporan  dengan  lebih  cepat  dan
               mudah di dashboard pelaporan. Hasil inovasi ini terbukti menjadikan pelaporan program dan
               aktiviti  lebih  mudah  di peringkat  sekolah  dan  pengurusan  pelaporan  lebih  teratur  dan
               sistematik.  Inovasi  ini  juga  telah  digunakan  oleh  pihak  USTP  Jasin  dan  USTP  Melaka
               Tengah, Melaka.


               Kata Kunci: Inovasi, Sistem e-Pelaporan, Pusat Sumber Sekolah














                     En Mohd Izwan Bin Othman                       En Mohd Rizal bin Maslah
                            Penolong PPD                                  Penolong PPD
                Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah           Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah



               VIDEO INOVASI

               Sila imbas QR Code ini                                 Sila tekan link YouTube ini

                                                                      https://youtu.be/RoknlPY-XXY











                                                           52             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   65   66   67   68   69   70   71