Page 64 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 64
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
TERAPI AUDIO HIPNO
Zuraini Binti Idris (PhD), Azihan Binti Zolkiflie, Nur Diyana Binti Rosli, Sharipah Hanita Binti Mat Jali &
Rogayah Binti Ghazali .
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
zuraini@ipgkik.edu.my
Abstrak
Isu kekurangan kaunselor di Institut Pendidikan Guru (IPG) menyebabkan beberapa masalah
seperti kesukaran bagi mengendalikan jumlah klien yang ramai sehingga menyebabkan kes-
kes klien tertunda dan menunggu masa yang panjang. Kekangan perjawatan kaunselor wujud
dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini kerana status pertukaran gred pegawai serta
pengambilan pegawai baharu yang sukar dari bahagian yang berbeza. Hal ini yang demikian,
inovasi ini dibangunkan sebagai alternatif dalam menyelesaikan masalah yang terjadi. Inovasi
Terapi Audio Hipno telah dibangunkan bagi menggantikan peranan kaunselor secara “remote”
dalam beberapa kes kategori peringkat awal dan lanjutan. Ianya menggunakan konsep audio
dan elemen spritual bagi memprogramkan minda separa sedar klien. Hasil daripada
pembangunan inovasi, ianya telah dapat menyelesaikan isu utama iaitu dapat menyuraikan
kes-kes klien yang tertangguh dan mampu menyelesaikan isu-isu klien berdasarkan borang
Ujian Pengurusan Emosi (UPE) seperti membantu klien mencapai tahap kelegaan, mengenal
isi hati bagi merungkai permasalahan, wujud keyakinan dalam mengatasi konflik dan
berupaya mengawal emosi dengan baik selepas sesi terapi dilakukan.
Kata Kunci: Inovasi, Terapi Audio Hipno, Kaunseling
PENGINOVATOR
Dr Zuraini Binti Idris Puan Azihan Binti Zolkiflie Puan Nur Diyana Binti Rosli
Ketua Unit Psikologi & Kaunseling Pemb. Setiausaha Pejabat PPM
IPG Kampus Ilmu Khas IPG Kampus Ilmu Khas IPG Kampus Ilmu Khas
Puan Sharipah Hanita Binti Mat Jali Rogayah Binti Ghazali
Pembantu Operasi Pembantu Operasi
IPG Kampus Ilmu Khas IPG Kampus Ilmu Khas
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link You Tube ini
https://youtu.be/OM67icdjM7E
46 Inovasi Memangkin Budaya Madani