Page 59 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 59
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
PENANDA RAK ANIME (PRA)
Khairunnisa binti Abd Hamid, P. Shobha Menon A/P N. V. Visvanathan, Naziratul Nazira binti
Abdul Samad
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali, Ampang, Selangor
khairunnisaabdhamid@gmail.com
Abstrak
Penanda Rak Anime (PRA) merupakan satu inovasi yang dibangunkan dalam Pusat Sumber
Sekolah, DAR Knowledge Centre (DAR KC) di SMK Dato’ Ahmad Razali. PRA dapat
memudahkan amalan mengambil dan meletakkan semula bahan bacaan di rak buku. Hal ini
kerana bahan bacaan yang telah dibaca seringkali dibiarkan begitu sahaja setelah selesai
menelaah bahan berkenaan. Lebih menyedihkan lagi, bahan-bahan berkenaan kelihatan
bersepah-sepah di ruang pembacaan sama ada di atas meja mahupun di atas lantai setiap
kali sesi waktu rehat selesai. Dengan adanya PRA, murid dapat menanda kedudukan buku
yang ingin dibaca dan meletakkan semula buku yang telah dibaca ke ruang rak yang betul.
Selain itu, murid juga dapat menguasai Sistem Pengelasan Dewey dengan betul apabila
menggunakan PRA. Penggunaan PRA dalam tempoh tiga bulan pertama menunjukkan impak
positif dalam kalangan murid SMK Dato’ Ahmad Razali bagi memastikan buku yang diambil
dan diletakkan semula pada rak yang betul. Selain itu, murid dapat meminimumkan masa
mencari bahan bacaan dan memaksimumkan penggunaan pusat sumber. Hal ini sekaligus
memastikan bahan bacaan dalam DAR KC kekal kemas dan sistematik.
Kata Kunci:, Penanda Rak Anime (PRA), Pengurusan Pusat Sumber
PENGINOVATOR
KHAIRUNNISA BINTI ABD HAMID P. SHOBHA MENON NAZIRATUL NAZIRA BINTI
Guru Perpustakaan dan Media A/P N. V. VISVANATHAN ABDUL SAMAD
(GPM) AJK DAR KC AJK DAR KC
SMK Dato’ Ahmad Razali SMK Dato’ Ahmad Razali SMK Dato’ Ahmad Razali
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://www.youtube.com/watch?v=tyIN1iQX8MI
41 Inovasi Memangkin Budaya Madani