Page 58 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 58
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
Ez-INOVASI
Mohd Puaad bin Abdul Malik (Ph.D) Amiyamin bin Muhammad Yusop (Ph.D)
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
pua'ad@ipgm.edu.my
Abstrak
Aplikasi Inovasi Ez-Inovasi merupakan satu medium inovasi yang sesuai pada abad ke-21.
Antara fokus utama untuk menyemarakkan dan memotivasikan pelajar dan pensyarah untuk
turut menghasilkan inovasi pdp dan pengurusan pendidikan dengan memanfaatkan
penggunaan teknologi. Inovasi ini juga dinamakan Ez-Inovasi nama yang difikirkan sesuai
dengan fungsi dan kandungan bahan-bahan inovasi yang terdapat di dalam kandungannya
dengan pemilihan inovasi-inovasi yang pernah memenangi pertandingan dan penyertaan
diperingkat kebangsaan dan antarabangsa untuk menarik minat pelajar dan pensyarah
menghasilkan inovasi. Aplikasi ini juga sudah boleh digunakan oleh orang awam sebagai
panduan menghasilkan inovasi. Aplikasi ini juga mendapat potensi pengkormesilan yang
tinggi kerana dapat disubscibe oleh pelajar-pelajar IPTA, IPTS, IPGM, kolej-kolej dan juga
pelajar-pelajar sekolah yang berminat untuk menghasilkan inovasi. Ini dapat dilihat, melalui
data-data yang dikutip dari pelajar dan pensyarah telah membuktikan bahawa kedua-dua
laman ini mempunyai tarikan yang tinggi terhadap minat untuk menghasilkan inovasi dalam
kalangan pelajar dan pensyarah.
Kata Kunci: Inovasi, Pendidikan, Abad ke-21, Aplikasi
PENGINOVATOR
Dr. Mohd Puaad bin Abdul Malik Dr. Amiyamin bin Muhammad Yusop
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/81iIiqCafHY
40 Inovasi Memangkin Budaya Madani