Page 54 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 54

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



                TGfU AQUA KIT

                Kalliammah A/P Krishnan, Charles Samuel A/L Chandra Mogan, Bavaneshwaran A/L
                Muturaman, Thivyasri A/P Sathianatham, Preveena A/P Kannan & Pavithra A/P Parmara
                Guruparan
                Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

                1618-07-charles@epembelajaran.edu.my


                Abstrak

                Pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) dihasilkan oleh David Bunker dan
                Rod  Thorpe  pada  tahun  1982  di  Universiti  Loughborough.  Sejak,  ramai  murid  berminat
                mempelajari asas renang tetapi tidak dapat belajar kerana masalah kewangan dari segi harga
                barang renang serta ada murid tinggal/belajar di sekolah-sekolah pedalaman. Oleh demikian
                itu, inovasi ini dapat dibangunkan untuk mengajar dan mempelajari kemahiran – kemahiran
                asas  renang.  Semua  murid  termasuk  mereka  yang  berada  di  kawasan  pedalaman  dapat
                mempelajari  kemahiran  asas  renang  dengan  menggunakan  kit  ini  tanpa  penggunaan  kos
                yang tinggi. Inovasi ini akan menjadi alat untuk mengurangkan fobia air. Seterusnya inovasi
                ini dapat digunakan dalam pengajaran terapi air pelajar Pendidikan Khas. Inovasi ini bukan
                sahaja diguna untuk subjek Pendidikan Jasmani maka boleh diguna untuk subjek-subjek lain
                seperti Matematik. Inovasi ini diberi nama TGfU Aqua Kit sempena penggunaan pendekatan
                ini dalam pengajaran renang dan merangkumi pelbagai permainan dan alat keselamatan yang
                dapat menarik minat murid. Tambahannya, segala permainan yang direka juga dapat dimain
                untuk  mempelajari  permainan  di  darat.  Impaknya,  murid  dapat  peralatan  renang  yang
                berkualiti  pada  harga  ekonomikal.  Semua  murid  dapat  mempelajari  cara  berenang  serta
                teknik menyelamat tanpa masuk dalam air dan mereka rasa mudah untuk membawa TGfU
                Aqua Kit ini ke kelas renang. Murid golongan khas juga dapat tenang dan selesa ketika turun
                ke  dalam  kolam  renang.  Sejajar  dengan  Revolusi  Industri  4.0,  pemikiran  secara  kritis  dan
                kreatif ke arah penggunaan ICT seperti Digital Sketch, mencipta QR Code dapat di aplikasi
                menerusi  penghasilan  inovasi  ini  dengan  menggantikan  pendekatan  permainan  tradisional
                kepada moden.

                Kata Kunci: TGfU aqua kit, renang, fobia air, terapi air, permainan dimodifikasi


                PENGINOVATOR












                VIDEO INOVASI


                Sila imbas QR Code ini                                Sila tekan link YouTube ini

                                                                     https://youtu.be/oOH-xe-xhnM








                                                           37             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59