Page 49 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 49
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
KOD BRAILLE BAHASA MELAYU
Muhammad Aiman Syafiq Bin Mat Salleh, Nur Lisa Rizani Binti Muhamad Ridzuan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
aimansyafiq428@gmail.com
Abstrak
Kod Braille Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran teras yang dikhususkan
bagi siswa guru Institut Pendidikan Guru yang berada dalam bidang Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan. Kursus ini berfokus kepada kategori Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Masalah Penglihatan berkaitan konsep asas kod Braille bahasa Melayu Gred Satu. Kursus ini
ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai Kod Braille Bahasa Melayu secara holistik dan
bermakna. Sebagai seorang bakal guru yang berada dalam bidang pendidikan khas, inovasi
yang dihasilkan merupakan satu inisiatif dalam meningkatkan penguasaan mata pelajaran
Asas Kod Braille Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Pada masa kini, murid cenderung
hilang tumpuan disebabkan bahan bantu mengajar guru yang tidak menarik semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Prototaip PeperoniBraille
dihasilkan bertujuan untuk mengatasi masalah penguasaan Kod Braille Gred 1 dalam
kalangan murid ketidakupayaan penglihatan. Prototaip ini menyediakan bahan bantu
mengajar (BBM) yang berbentuk maujud untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kod
Gred 1. Di samping itu, prototaip Permainan Kod Braille Bahasa Melayu juga menyediakan
maklumat digital yang boleh diakses melalui Kod QR untuk menambah keseronokan murid
ketika mempelajari Braille. Kesannya, penggunaan prototaip ini dapat meningkatkan
kemahiran murid untuk mengenal abjad dalam kod braille. Melalui penghasilan prototaip
inovasi ini, murid lebih mudah menguasai braille kerana saiz produk yang lebih besar
berbanding tulisan braille biasa manakal penggunaan audio yang diterapkan dalam prototaip
digital membantu murid untuk belajar dengan menggunakan deria pendengaran.
Kata Kunci - Inovasi, Peperoni Braille, Permainan Kod Braille Bahasa Melayu, Kod Gred 1
PENGINOVATOR
Muhammad Aiman Syafiq Bin Mat Salleh Nur Lisa Rizani Binti Muhamad Ridzuan
Pelajar Pelajar
IPG Kampus Ilmu Khas IPG Kampus Ilmu Khas
VIDEO INOVASI
Sila tekan link You Tube ini
https://youtu.be/eMbt6wJTCks
32 Inovasi Memangkin Budaya Madani