Page 52 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 52

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



                KIT WARNA PELBAGAI ARAS (WARAS) BAGI MURID BERKEPERLUAN
                PENDIDIKAN KHAS (MPBK)

                Muhammad Hazim Bin Mohd Juary, Nursyafiqah Hanis Bint Mohd Hadi, Iris Yong Hua Xiu
                Lois Lim Yuan Tong & Hairul Faiezi bin Lokman (Ph.D.)
                Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

                Mrsecretiym@gmail.com

                Abstrak

                Murid  Berkeperluan  Pendidikan  Khas  (MPBK)  Masalah  Pembelajaran  sering  didapati
                mempunyai  masalah  untuk  mengenali  warna  asas.  Mereka  sukar  untukmengenal  dan
                mengingati warna dan Namanya. Hal ini yang demikian, satu inovasi telah dibangunkan iaitu
                Kit  “WarAs”.  Objektifnya  adalah  untuk  meningkatkan  pemahaman  murid  terhadap  konsep
                warna,  membantu  murid  mengenal  dan  mengingati  warna  dengan  mudah,  dan  membantu
                murid membezakan warna asas dan warna sekunder. Kit inovasi ini dibangunkan menerusi
                idea  sistem  (flipped)  dimana  ia  amat  fleksibel  terutama  dapat  pengajaran.  Ianya
                mengintegrasi  antara  subjek  Asas  3M,kemahiran  manipulatif  dan  Pendidikan  Seni  Visual.
                Keunikan kit ini adalah sesuai untuk semua kefungsian MBPK dan guru boleh menentukan
                aras aktiviti mengikut kefungsian. Kit WarAs ini telah dihasilkan dalam bentuk Flipped yang
                memperkenalkan warna asas melalui gambar warna, perkataan, dan braille. Bentuk-bentuk
                3D  sebagai  bahan  sokongan  untuk  MBPK  mendapat  lebih  banyak  pengetahuan.  Gambar
                adalah untuk membantu murid mengetahui warna dan nama warna tersebut. Tambahan pula,
                braille  dihasilkan  daripada  manik  kecil  membantu  murid  berkeperluan  khas  masalah
                penglihatan untuk mengetahui ejaan perkataan. Berdasarkan hasil perlaksanaan inovasi, Kit
                WarAs  ini  telah  dapat  membantu  mempercepatkan  pemahaman  murid  dalam  mengenal
                warna, meningkatkan minat murid untuk fokus dalam kelas, dan meransang pelbagai deria
                murid. Kit pembelajaran WarAs ini boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan PdP
                serta bertujuan untuk mempermudahkan pembelajaran MBPK.

                Kata Kunci: Pendidikan Khas, Murid BerkeperluanPendidikan Khas, Berintegrasi, Braille



                PENGINOVATOR



















                VIDEO INOVASI

                Sila imbas QR Code ini                                Sila tekan link You Tube ini


                                                                       https://youtu.be/YZTNZ1N3JKA





                                                           35             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57