Page 45 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 45

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



               KIASAKO (KIT ASAS KODING)

               Rinadevi A/P Nakapan, Vickneswari A/P Gopalan
               SJKT Jalan Fletcher, Kuala Lumpur

               g-34403097@moe-dl.edu.my


               Abstrak

               Tajuk pengaturcaraan merupakan salah satu tajuk dalam silibus matapelajaran RBT tahun 4
               (KSSR  Semakan)  bermula  tahun  2020.  Para  guru  agak  baru  bagi  tajuk  ini  dan  situasi
               pendamik  mengehadkan  peluang  guru  mendapat  pendedahan  yang  terperinci.  Hal  ini
               menyebabkan  tajuk  ini  dilihat  sebagai  suatu  cabaran  bagi  guru  untuk  menyampaikan
               kandungan tajuk ini. Pada masa yang sama, murid juga menghadapi masalah mempelajari
               asas pengkodan kerana murid tidak atau kurang mahir menggunakan komputer. KIASAKO
               iaitu  Kit  Asas  Koding  ini  bertujuan  untuk  membantu  murid  yang  tidak  mahir
               menggunakan  komputer,  mempelajari  asas  pengaturcaraan.  Kit  ini  terdiri  daripada
               bahan  interaktif  yang  merangkumi  aktiviti  pembelajaran  dan  latihan  kendiri.  Kit  ini
               boleh  digunakan  secara  individu,  berpasangan  atau  dalam  kumpulan  kecil.  Murid
               mengimbas kod QR dan menonton video penerangan. Seterusnya murid membuat
               aktiviti  “hands  on”  menggunakan  “Task  Board”  dan  menyemak  jawapan  mereka
               sendiri menggunakan kad jawapan. Kandungan kit ini disusun secara pembelajaran
               ansur  maju  bermula  dengan  pengenalan  fitur-fitur  aplikasi  SCRATCH,  menambah
               dan  menukar  backdrop,  menambah  SPRITE,  menggunakan  3  jenis  blok  seperti
               dinyatakan  dalam  Standard  Pembelajaran  dan  menghasilkan  animasi  ringkas.
               Dengan menggunakan kit ini murid dapat mempelajari asas pengaturcaraan dengan
               seronok  dan  lebih  yakin.  Penggunaan  kit  ini  dapat  membantu  90%  daripada  20
               orang  murid  di  kelas  tahun  4  mencapai  TP3  sebelum  murid-murid  maju  ke  aktiviti
               pengaturcaraan  menggunakan  komputer  sekaligus  meningkatkan  keyakinan  murid.
               Penggunaan  kit  ini  sebagai  bahan  bantu  mengajar  juga  berjaya  meningkatkan
               keyakinan guru-guru RBT mengajar tajuk ini.


               Kata Kunci: Inovasi, Asas Pengaturcaraan SCRATCH, RBT tahun 4



               PENGINOVATOR











                          Rinadevi A/P Nakapan                  Vickneswari A/P Gopalan
                          SJKT JALAN FLETCHER                   SJKT JALAN FLETCHER

               VIDEO INOVASI


               Sila imbas QR Code ini                                 Sila tekan link You Tube ini
                                                                     https://youtu.be/kaHa9tosQM4





                                                           29             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50