Page 39 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 39

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



               KIT KEMBARA SOLAT: BELAJAR DAN AMAL


               Muhamad Afif Zikri bin Mohd Sabri, ‘Aini Fa’izah bt Hairuddin.
               Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas


               zikryarefif@gmail.com

               Abstrak

               Konsep  pendekatan  pengajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc)  bagi  mata  pelajaran
               Pendidikan Islam yang bersifat tradisional menjadi faktor yang signifikan kepada murid untuk
               menunjukkan sikap pasif sewaktu proses pembelajaran berlaku. Pembelajaran yang banyak
               berteraskan  teori  menyebabkan  penguasaan  murid  berkenaan  dengan  input  pembelajaran
               khususnya  solat  adalah  lemah.  Hal  ini  yang  demikian  bagi  mewujudkan  proses
               pembelajaran yang bermakna dan berkesan inovasi “Kit Kembara Solat: Belajar Dan Amal”
               telah  dibangunkan.  Objektif  inovasi  ini  bertujuan  untuk  meningkatkan  pengetahuan  murid
               tentang solat secara lebih mendalam. Inovasi ini menggabungkan pendekatan pembelajaran
               secara bermain dengan mengintergrasikan input pengetahuan ke dalam bentuk permainan
               yang  diselangi  dengan  soalan  dan  aplikasi  secara  langsung.  Hasil  daripada  pelaksanaan
               inovasi ini, murid dapat meningkatkan pengetahuan tentang solat dengan lebih mudah dan
               jelas.


               Kata Kunci: Inovasi, Kit Kembara Solat: Belajar Dan Amal, Pendidikan Islam



               PENGINOVATOR
















               Muhamad Afif Zikri bin Mohd Sabri                  ‘Aini Fa’izah bt Hairuddin
                  Guru Pelatih Pendidikan Islam                 Guru Pelatih Pendidikan Islam
                     IPG Kampus Ilmu Khas                           IPG Kampus Ilmu Khas




               VIDEO INOVASI


               Sila imbas QR Code ini
                                                                      Sila tekan link YouTube ini

                                                                   https://youtu.be/Lh46S_UUcIw?











                                                           24             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44