Page 36 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 36
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
CELIK ADAB
Muhammad Fahrurrazi bin Maksom, Muhammad Faiz bin Zulqarnain, Nur Adilah binti Mohd
Nasir, Nurain Athirah binti Zikri, Nur Nisa Nazlyn bin Nazri.
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
476-3-fahrurrazi@epembelajaran.edu.my
Abstrak
Celik Adab merupakan satu aplikasi yang mempunyai variasi infografik yang mengandungi isi
pelajaran ringkas, padat dan menarik berkaitan adab sebagai rujukan kepada semua murid
sekolah rendah. Celik Adab merupakan hasil daripada cetusan idea kumpulan An-Nur yang
telah menjalankan tinjauan melalui soal selidik ini (https://forms.gle/xxG2G968o9hNHYvg9)
terhadap guru, guru Pendidikan Islam, pelajar Institusi Pendidikan Tinggi, murid sekolah dan
masyarakat awam. Hasil penyelidikan ini mendapati bahawa responden menghadapi
kesukaran untuk memperoleh maklumat yang tepat mengenai adab di laman web atau secara
atas talian. Celik Adab merupakan satu inovasi menyediakan nota-nota ringkas dan padat.
Terdapat banyak info berkaitan adab yang merangkumi topik dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran bermula daripada tahun satu sehingga tahun enam yang
disampaikan secara santai dan mudah difahami. Ia boleh diakses melalui imbasan QR kod
yang diberikan atau memuat turun aplikasi eCelik Adab di Play Store. Oleh hal yang
sedemikian, objektif utama Celik Adab adalah untuk memudahkan orang ramai terutama para
guru dan murid mendapatkan bahan rujukan dengan lebih cepat dan mudah.
Kata kunci: inovasi, An-Nur, Celik Adab, nota ringkas, padat, variasi infografik, adab.
PENGINOVATOR
Muhammad Fahrurrazi bin Maksom
Puan Hjh Norarbainah binti Shafie Muhammad Faiz bin Zulqarnain
Nur Adilah binti Mohd Nasir Nurain Athirah binti Zikri Nur Nisa Nazlyn binti Nazri
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link Youtube ini
https://youtu.be/OTaoOW5-K5U
21 Inovasi Memangkin Budaya Madani