Page 38 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 38
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO- IK 2023)
E-BIJAK JAWI HOMOGRAF
Muhammad Amirul Hakim Bin Azhar, Muhammad Aidil Syafiq Bin Asmawi , Siti Hannah Binti
Mohamad Rahim , Wan Arshy Binti Wan Alwi & Zafirah Binti Mohd Zainuddin
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
474-3-amirul@epembelajaran.edu.my
Abstrak
Produk E-Bijak Jawi Homograf ini bertujuan menyelesaikan isu homograf dalam tulisan jawi
dalam usaha melestarikan tulisan Jawi. Kajian-kajian tentang isu homograf sebelum ini lebih
tertumpu kepada penjelasan tentang sistem tulisan Jawi yang sedia ada tanpa membuat
penilaian semula, apatah lagi mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap sistem
tersebut. Penghasilan produk inovasi ini merupakan satu usaha yang dilakukan untuk
menyelesaikan permasalahan ini, ianya juga perlu dilakukan demi memastikan penggunaan
homograf tetap relevan sebagai alat komunikasi dalam era globalisasi. Dalam sistem ejaan
jawi yang ada sekarang, apabila berlaku homograf, maka salah satu perkataan tersebut
akan mengalami perubahan untuk mengelakkan homograf. E-Bijak Jawi Homograf
merupakan satu produk digital pencarian maklumat mudah ejaan jawi homograf. Objektif
produk ialah memudahkan pengguna mencari maklumat perkataan homograf dengan lebih
mudah, cepat , tepat bagi menyelesaikan isu homograf dalam tulisan jawi. Ianya juga
menggalakkan pengguna tulisan jawi menulis jawi menggunakan format ejaan yang betul,
juga sebagai bahan alternatif digital dalam mencari perkataan homograf yang betul
berbanding penggunaan kaedah tradisional seperti kamus Jawi. Keunikan bahan dalam e-
Bijak Jawi Homograf ialah disusun mengikut abjad, mudah diakses, disertakan maksud
perkataan bagi membezakan dua perkataan homograf tersebut. Ejaan perkataan homograf
serta maksud perkataan tersebut merupakan gabungan inovasi daripada Kamus Jawi dan
Kamus Dewan. Keunikan penggabungan dua sumber ini dalam bentuk digital tidak pernah
ada dalam pasaran terbuka setakat ini. Produk ini juga mempunyai nilai komersial yang tinggi
kerana ianya mudah, cepat, tepat, berinfomatik serta murah dan boleh digunakan oleh
pelbagai masyarakat daripada murid sekolah rendah, sekolah menengah, guru-guru
Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah serta komuniti
masyarakat yang ingin belajar dan mengenali tulisan jawi.
Kata Kunci : Homograf, tulisan jawi, alat komunikasi, digital, gabungan.
PENGINOVATOR
MUHAMMAD AMIRUL SITI HANNAH BINTI WAN ARSHY BINTI ZAFIRAH BINTI MUHAMMAD AIDIL
HAKIM BIN AZHAR MOHAMAD RAHIM WAN ALWI MOHD ZAINUDDIN SYAFIQ BIN ASMAWI
PELAJAR IPG KAMPUS PELAJAR IPG KAMPUS PELAJAR IPG PELAJAR IPG KAMPUS PELAJAR IPG KAMPUS
SULTAN ABDUL HALIM SULTAN ABDUL HALIM KAMPUS SULTAN SULTAN ABDUL HALIM SULTAN ABDUL HALIM
ABDUL HALIM
VIDEO INOVASI
Sila imbas Qr Code ini Sila tekan link Youtube ini
https://youtu.be/T8tmMIeLERg
23 Inovasi Memangkin Budaya Madani