Page 35 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 35

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



                PENGGUNAAN PERMAINAN EZPZ PUZZLE MAP DALAM PENGAJARAN DAN
                PEMBELAJARAN SEJARAH


                Noorainul Arifah binti Samsuri
                Kolej Vokasional Segamat, Johor

                noorainularifah@gmail.com


                Abstrak
                Matapelajaran Sejarah adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar aliran vokasional
                bagi membolehkan mereka lulus dalam peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM), malah
                dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia mahupun. Mata pelajaran ini kurang diminati
                oleh  kebanyakan  pelajar  terutama  aliran  vokasional  kerana  mereka  perlu  menghafal  dan
                mengingat  kronologi  peristiwa  Sejarah,  khususnya  subtopik  Perang  Dunia  Pertama,  selain
                penggunaan  bahan  bantu  mengajar  (BBM)  yang  kurang  kreatif  dan  inovatif  membuatkan
                pelajar  sukar  memahami  sesebuah  topik.  Oleh  yang  demikian,  inovasi  yang  dihasilkan  ini
                adalah berkonsepkan student centered learning iaitu sejajar dengan pendekatan konstruktif
                bagi mengukuhkan kefahaman pelajar dengan kaedah pengajaran yang baharu iaitu puzzle
                map yang mengaplikasikan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Objektif inovasi
                ini ialah meningkatkan kefahaman dan menarik minat para pelajar untuk mempelajari subtopik
                Perang Dunia Pertama, seterusnya skor dalam mata pelajaran Sejarah. EZPZ Puzzle Map
                adalah  inovasi  yang  mengaplikasikan  konsep  bermain  sambil  belajar  dengan  mempunyai
                rekabentuk permainan yang menarik yang mengandungi maklumat-maklumat peristiwa yang
                berlaku semasa Perang Dunia Pertama mengikut kronologi dan susunan tarikh. Pelajar harus
                mencantumkan  susunan  puzzle  mengikut  rajah  yang  bersesuaian  dan  meletakkan  pin
                peristiwa  mengikut  kad  arahan  permainan  berdasarkan  peristiwa-peristiwa  Perang  Dunia
                Pertama. Inovasi ini mampu menjadikan penggunanya iaitu guru dan pelajar berasa seronok
                dan  berminat  untuk  mempelajari  mata pelajaran  Sejarah,  seterusnya  dapat  meningkatkan
                pencapaian akademik pelajar selain dapat meningkatkan produktiviti, mempermudahkan dan
                mampu memperjelaskan lagi konsep dalam pengajaran dan pembelajaran.

                Kata Kunci: Inovasi, Penggunaan Permainan EZPZ Puzzle Map Dalam Pengajaran Dan
                            Pembelajaran Sejarah, Sejarah





                PENGINOVATOR                                          VIDEO INOVASI

                                                                      Sila imbas QR Code ini










                                                                      Sila tekan link YouTube ini
                Noorainul Arifah binti Samsuri
                    Pensyarah Akademik                                https://youtu.be/LIGNr00UzS8
                  Kolej Vokasional Segamat



                                                           20             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40