Page 31 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 31
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
1MVT 3.0
1
1 Zainudin bin Zainal Abidin, Nurul Husna binti Zainall Abidin, Maryaty binti Jali, Aida binti
1
1
2
Ibrahim, Siti Marziah binti Sazali
2
1 SK Bandar Tenggara 1, Open University Malaysia (OUM) Batu Pahat.
dinhujan69edu@gmail.com
Abstrak
1MVT 3.0 merupakan aktronim bagi “1 Minutes Vertebrates Test” merupakan satu inovasi
yang dicipta untuk memudahkan murid mengenal pasti kumpulan haiwan vertebrata yang
betul. Inovasi ini dicipta berpunca daripada kegagalan murid tahun 4 untuk melakukan
pengkelasan haiwan vertebrata yang betul walaupun mereka telahpun menguasai ciri-ciri
haiwan. Hal ini kerana perlunya ada turutan keutamaan yang perlu diikuti untuk dapat
membuat pengkelasan dengan betul dan berkesan. Tanpa kemahiran mengelas yang betul,
murid akan sukar untuk mengenal pasti kumpulan haiwan tersebut sama ada mamalia,
reptilia, amfibia, burung atau ikan. Kegagalan mengenal pasti kumpulan itu akan
menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai dan boleh menyebabkan kesalahan
konsep yang berterusan. Inovasi 1MVT merupakan satu carta alir yang akan memandu
pemikiran murid untuk mengelaskan vertebrata dengan betul tanpa kekeliruan. Ia
diaplikasikan dengan cara mengenal pasti ciri haiwan dan melalui lorong-lorong pada carta
dengan betul sehingga ke penamat yang akan menentukan apakah kumpulan bagi haiwan
vertebrata tersebut. Carta alir ini terbahagi kepada 3 bentuk. Pertama, hanya dalam sehelai
kertas. Kedua, ia juga terdapat dalam QR Code dan link untuk memudahkan ianya
diaplikasikan menggunakan teknologi terkini yang lebih cepat dan pantas. Ia juga tampil
dengan bahan maujud kad dan papan litar, untuk menjadikannya lebih menarik.
Kata Kunci: Inovasi, 1MVT 3.0, Sains
PENGINOVATOR
Zainudin Zainal Abidin Nurul Husna Zainall Abidin Maryaty binti Jali Aida binti Ibrahim Siti MardziahSazali
Guru Akademik Biasa Guru Akademik Biasa Guru Akademik Biasa Guru Akademik Biasa Pelajar Ijazah
SK Bandar Tenggara 1 SK Bandar Tenggara 1 SK Bandar Tenggara 1 SK Bandar Tenggara 1 OUM Batu Pahat
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/QkKrFO8RAEc
17 Inovasi Memangkin Budaya Madani