Page 29 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 29
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
DIGITAL GEOMETRY WORLD
Wu Kam Yin (Ph.D).
Institusi Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
wukamyin@ipgkik.edu.my
Abstrak
Geometri merupakan salah satu kursus dalam matematik yang perlu dipelajari oleh pelajar
elektif matematik yang menyertai Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut
Pendidikan Guru (IPG) Malaysia yang di dalam kursusnya mengkaji ukuran, sifat, dan
hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal. Lebih-lebih lagi, kandungan
pembelajaran yang rumit seperti pepejal Platonik, pepejal Archmedes, dan pepejal Kepler-
Poinsot dalam silibes telah menyebabkan pelajar-pelajar kurang faham dan mahir dalam sifat-
sifat pelbagai pepejal serta kaedah pembinaan pelbagai pepejal yang rumit dengan
menggunakan pelbagai bentangan. Oleh yang demikian, sebagai seorang pendidik yang
berjiwa tanggungjawab, dan inovatif, kritis dan kreatif bagi menjamin kelahiran cendekiawan
yang berkualiti tinggi, maka penghasilan inovasi “Digital Geometry World” telah dibangunkan.
Objektif inovasi ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sifat-
sifat pelbagai pepejal, pelbagai bentangan, dan kaedah pembinaan bagi pepejal Platonik,
pepejal Archimedes, dan pepejal Kepler-Poinsot. Inovasi ini juga bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep pepejal Platonik, pepejal
Archimedes, dan pepejal Kepler-Poinsot dalam bentuk Buku Konseptual. Inovasi yang
dibangunkan melibatkan pelbagai objek maujud yang berbentuk 3 dimensi bagi pepejal
Platonik, pepejal Achemedes, dan pepejal Kepler-Poinsot. Inovasi ini juga melibatkan Buku
Konseptual yang memaparkan sifat-sifat dan bentangan 3 dimensi “pop-up” yang
diaplikasikan menggunakan teknik lipatan kertas kejuruteraan bagi pepejal Platonik, pepejal
Archimedes, dan pepejal Kepler-Poinsot. Buku Konseptual ini juga diterjemahkan dalam
bentuk Buku Digital yang memaparkan satu bentuk pepejal Platonik.
Kata Kunci: Inovasi, Digital Geometry World, Matematik, Geometri, pepejal Platonik, pepejal
Achimedes, pepejal Kepler-Poinsot, 3 dimensi pop-up, teknik lipatan kejuruteraan.
PENGINOVATOR
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini
Dr. Wu Kam Yin
Pensyarah Akademik
IPG KAMPUS ILMU KHAS Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/LUFjxYOTvEs
15 Inovasi Memangkin Budaya Madani