Page 28 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 28

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



                MODUL GEOMAR3 DALAM PENGAJARAN TAJUK RUANG TAHUN 4


                Ainur Yusra Nabila Mohd Nadzri, Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Nurul Nadwa Zulkifli
                Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
                Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

                chikguyusra@gmail.com

                Abstrak


                Subjek Matematik merupakan subjek teras yang perlu dikuasai oleh murid bermula daripada
                peringkat  rendah  lagi.  Salah  satu  bidang  dalam  Matematik  sekolah  rendah  ialah  bidang
                Geometri. Ruang merupakan tajuk di bawah Geometri mengikut Kurikulum Standard Sekolah
                Rendah  (KSSR).  Pengajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc)  Ruang  memerlukan  murid
                mempunyai visualisasi yang baik untuk membolehkan murid membayangkan bentuk dua dan
                tiga dimensi dengan jelas. Murid sering menghadapi kesukaran untuk menvisualkan bentuk
                tiga  dimensi  apabila  paparan  rajah  adalah  berformat  dua  dimensi  yang  selalu  diamalkan
                dalam  PdPc  melalui  lakaran  rajah,  gambar  atau  rujukan  dalam  buku  teks.  Murid  perlu
                dibimbing dan dibantu untuk membolehkan visualisasi dapat dilakukan seterusnya menguasai
                tajuk Ruang dengan baik. Oleh yang demikian, inovasi berbentuk sebuah modul GeomAR3
                dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi murid. Inovasi modul GeomAR3 berfungsi
                sebagai panduan yang terdiri daripada modul dengan integrasi teknologi realiti terimbuh (AR).
                Modul GeomAR3 dibangunkan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid mengimbas
                kod  QR  untuk  melihat  kesan  realiti  terimbuh  seterusnya  membantu  murid  melakukan
                visualisasi  bentuk-bentuk  yang  terdapat  di  bawah  tajuk  Ruang.  Pada  masa  yang  sama,
                aplikasi realiti terimbuh yang digunakan dalam modul dapat menyatakan ukuran bentuk bagi
                menyelesaikan masalah melibatkan perimeter, luas dan isi padu yang terdapat dalam modul.
                Modul GeomAR3 menawarkan penerangan konsep asas komponen perimeter, luas dan isi
                padu  seperti  mana  sukatan  Ruang  menurut  KSSR  Matematik.  Selain  itu,  terdapat  latihan
                pengukuhan  berbentuk  soalan  rutin,  latihan  pengayaan  berbentuk  soalan  bukan  rutin  dan
                merangsang  kreativiti  murid  serta  kuiz  bestari  yang  berbentuk  penilaian  formatif.  Inovasi
                Modul GeomAR3 telah melalui penilaian  kesahan modul  oleh  pakar dengan  skor kesahan
                yang tinggi (0.89) yang menunjukkan modul sesuai dijalankan kepada murid tahun 4. Modul
                ini juga telah dijalankan secara eksperimen di lapangan sebenar melibatkan murid tahun 4
                dan menunjukkan  pencapaian  dalam tajuk  Ruang murid  lebih  baik  dalam  ujian  pasca dan
                ujian  pasca  tertangguh.  Penglibatan  murid  lebih  aktif  dalam  PdPc  menggunakan  modul
                GeomAR3  dan  murid  juga  dapat  merasai  pengalaman  belajar  dengan  teknologi  realiti
                terimbuh.
                Kata Kunci: Inovasi, Modul GeomAR3, Ruang, Geometri

                PENGINOVATOR






                          Ainur Yusra Nabila              Ahmad Fauzi bin                Nurul Nadwa binti
                          binti Mohd Nadzri                 Mohd Ayub                        Zulkifli

                VIDEO INOVASI

                Sila imbas QR Code ini                                Sila tekan link YouTube ini
                                                    https://www.youtube.com/watch?v=c2Dh_y4-1Uw







                                                           14             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33