Page 23 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 23

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



                JAWI DIGITAL

                Norarbainah Shafie. A’fifah Abu Bakar, Azimah Abdullah (Ph.D), Zambri Ahmad (Ph.D),
                Farah Farhana Rosli (Ph.D).
                IPGK Sultan Abd Halim, IPGK Tuanku Bainun, IPGK Darul Aman.

                norarbainahshafie@gmail.com

                Abstrak

                Jawi  Digital  merupakan  satu  inovasi  yang  mengandungi  himpunan  nota  dihasilkan  penuh
                infografis,  ringkas  padat  dan  berwarna  warni.  Mengandungi  hampir  semua  kaedah  jawi
                dengan  mereka  bentuk  pelbagai  grafik  penuh  warna  warni  dalam  MS  power  point  yang
                dihasilkan sendiri oleh penulis. Lebih daripada 50 kaedah jawi dan 80 soalan pelbagai aras.
                Berdasarkan  dapatan  tinjauan  dan  soal  selidik  terhadap  guru  Kafa  Negeri  Pulau  Pinang
                menunjukkan     86.8%     keliru   dalam    penulisan    kaedah    jawi    dengan    betul
                (https://forms.gle/nJYCWPTjhp3doTZE6). Objektif inovasi ini ialah meningkat penguasaan
                orang  ramai  tentang  kaedah  penulisan  jawi  mengikut  ejaan  yang  betul.  Pengguna  boleh
                mengimbas Qr kod melalui telefon bimbit atau memuat turun aplikasi ini dalam Google Play
                atau laman wixsite. Agihan tajuk-tajuk kaedah ini memudahkan pengguna membuat rujukan
                dan mencari maklumat dengan pantas. Rujukan yang ringkas dan berwarna warni ini dapat
                memberi  satu  daya  ingatan  kepada  pengguna  untuk  mengingat  tentang  kaedah  dengan
                penerangan  yang  ringkas  dan  padat  agar  dapat  membina  penulisan  jawi  dengan  kaedah
                yang  betul.  Salah  satu  inovasi  yang  perlu  diambil  perhatian  ialah  kepelbagaian  dalam
                kaedah  penyampaian  maklumat  kepada  pelajar  melalui  pelbagai  teori  pembelajaran
                (Norazah & Ngau, 2009. Melalui Pendekatan Blended Learning, tidak hanya untuk guru atau
                pelajar pendidikan Islam malah ia boleh juga digunakan oleh semua lapisan tidak kira umur
                dan  institusi.  Nota  ringkas  beserta  audio  dengan  contoh  kaedah  memudahkan  pengguna
                mendapat  bahan  yang  dikehendaki  serta  ayat  yang  ringkas  membantu  memudahkan
                pemahaman penulisan jawi. Hasilnya menunjukkan orang ramai tertarik dengan inovasi dan
                hampir  2500  naskah  nota  dalam  bentuk  media  cetak  telah  dijual  hanya  bermula  dengan
                inovasi ini.

                Kata Kunci: Inovasi, Jawi Digital, penguasaan, kaedah jawi, infografik

                PENGINOVATOR








                 Norarbainah bt Shafie        A’fifah bt Abu Bakar                Dr Azimah bt Abdullah







                                       Dr Zambri bt Ahmad                  Dr. Farah Farhana Rosli


               VIDEO INOVASI
               Sila imbas QR Code ini
                                                                      Sila tekan link YouTube ini
                                                                https://youtu.be/5HOfXorjvxQ





                                                           10             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28