Page 19 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 19
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
EASY CONSEN
Manisah binti Wanthan.
Sekolah kebangsaan Pasir Panjang, Pekan, Pahang
manisahwanthan@gmail.com
Abstrak
Bahasa Inggeris merupakan subjek mata pelajaran teras yang diajar di dalam kelas arus
perdana di sekolah rendah. Peruntukan masa yang diajar adalah di antara sembilan ke
sebelas waktu. Bahasa Inggeris adalah sukar dipelajari yang mana murid-murid kurang
memahami maksud kosa kata Bahasa Inggeris. Mereka juga tidak mahir dalam membina ayat
walaupun ayat mudah. Masalah ini biasanya timbul di kawasan luar bandar yang mana
bahasa pertama adalah terhad kepada Bahasa Melayu. Masalah ini membawa kepada
penghasilan inovasi ini yang dinamakan Easy Consen. Easy membawa maksud mudah
manakala Consen adalah akronim kepada Constructing Sentences(Mudah membina ayat).
Objektif inovasi ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada murid belajar dan
membina ayat yang mudah serta betul penggunaan kosa kata dan tatabahasa. Disamping
membina keyakinan diri murid bahawa Bahasa Inggeris adalah mudah. Inovasi ini adalah
terdiri daripada kad-kad perkataan yang mewakili katanama am, katanama khas, kata kerja
dan kata hubung. Setiap kumpulan kad ini adalah berlainan warna supaya murid tahu
kumpulan kosa kata yang diperkenalkan. Kad perkataan ini akan dilekatkan kepada kad
pembina ayat. Hasil ataupun impak inovasi ini, murid dapat membina ayat-ayat Bahasa
Inggeris dengan lebih baik, bermakna dan betul penggunaan kosa kata dan tatabahasa.
Seterusnya dapat membantu murid meningkatkan tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah
mereka.
Kata Kunci: Inovasi, EASY CONSEN, Bahasa Inggeris
PENGINOVATOR
Puan Manisah binti Wanthan
Guru Besar @ Guru Bahasa Inggeris
SK Pasir Panjang, Pekan, Pahang
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/k7ow1Nf-96g
6 Inovasi Memangkin Budaya Madani