Page 17 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 17
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
KaSeHuruf AMAL
Aishah Nurain binti Rakal, Nurwirdathinagiha binti Hamdan
SK Rengit, Johor
cikguanr@gmail.com
Abstrak
Inovasi KaSeHuruf AMAL telah dijalankan dengan tujuan untuk membantu murid dalam
kemahiran mengenal huruf seterusnya mempercepatkan penguasaan mengeja dan
membaca. Data telah dikumpul dalam kalangan murid Prasekolah Permata Hati 1 di Sekolah
Kebangsaan Rengit, Batu Pahat. 7 orang responden telah dipilih berdasarkan pentaksiran
yang telah dilaksanakan dan mendapati responden hanya menguasai tahap penguasaan 1
bagi kemahiran mengenal huruf. Penguasaan pada tahap 1 menunjukkan responden hanya
dapat mengenal beberapa huruf sahaja daripada dua puluh enam huruf yang ada. Data
pentaksiran yang digunakan bagi mentafsir murid ialah pemerhatian dan ujian pra dan pasca.
Penggunaan “KaSeHuruf AMAL” yang menggunakan konsep padang dan sebut
menggunakan gambar rajah mempercepatkan proses mengingat dan mengecam. Hasil
dapatan mendapati bahawa latih tubi menggunakan inovasi ini membolehkan murid berupaya
menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik. Melalui inovasi “KaSeHuruf AMAL” yang
telah dilaksanakan secara konsisten dengan menyebut perwakilan bunyi awalan perkataan
yang membolehkan responden menguasai kemahiran mengenal huruf dalam situasi yang
lebih santai dan berkesan ke atas responden seterusnya menguasai kemahiran mengeja dan
membaca dengan lebih baik. Inovasi ini bukan sahaja mesra pengguna tetapi juga mempunyai
kos yang rendah. Nilai komersial yang optimum dapat dilihat daripada 500 orang pengguna
yang telah mengaplikasikan inovasi “KaSeHuruf AMAL” memberikan pelbagai komen positif.
Inovasi ini juga telah dikongsikan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Kata Kunci: Inovasi, KaSeHuruf AMAL, kemahiran mengenal huruf
PENGINOVATOR
Aishah Nurain binti Rakal Nurwirdathinagiha binti Hamdan
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/AaFv2dXY-WY
4 Inovasi Memangkin Budaya Madani