Page 34 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 34

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



                KIT PiCaPu


                Mohammad Irfan Mustaqim Bin Ariffin, Nurul Nadwah Binti Khalid
                SK Methodist ACS Kampar Perak, SK Gopeng Taman Gopeng Baru, Gopeng Perak

                irfan.nadwah92@gmail.com


                Abstrak

                Kajian inovasi ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran menggunakan media basah murid
                terutama bagi murid yang mempunyai masalah di SK Methodist Acs Kampar Perak. Kajian ini
                juga bertujuan untuk mengkaji masalah murid yang sukar dan tidak berminat menggunakan
                media  basah  sebagai  bahan  untuk  menghasilkan  karya  lukisan.  Berdasarkan  pemerhatian
                awal,  segelintir  murid  tidak  mahir  untuk  menggunakan  cat  air  dan  tidak  berminat. PiCaPu
                adalah singkatan dari perkataan Picit Calit Sapu. Picapu adalah satu set kit  mewarna yang
                menggunakan cat air sebagai bahan utama. Kit PicaPu adalah satu kit yang  mempunyai set
                lengkap  untuk  mewarna  dan  mempunyai  templat  dan  manual  tentang  cara  mewarna
                menggunakan  cat  air.  Inovasi  Picapu  ini  dicipta  bagi  membantu  guru  dan  murid  bagi
                memudahkan  proses  menggunakan  media  basah  dalam  penghasilan  karya.  Penggunaan
                Picapu bertujuan bagi mempercepatkan proses menggunakan media basah dan membantu
                sesebuah  karya  yang  dihasilkan  itu  mempunyai  kualiti  dari  espek  estetika  dan  nilainya.
                Manfaat  dari  inovasi  ini  adalah  dapat  menjimatkan  masa  murid  dan  guru  semasa  pdpc
                berlangsung. Ia juga dapat memudahkan mengawal sapuan cat dan juga ton warna juga dapat
                dikawal dengan lebih mudah. Templat lukisan beserta manual juga disertakan sebagai satu
                panduan kepada murid untuk menghasilkan karya. Kajian ini banyak membantu murid dalam
                subjek  Pendidikan  Seni Visual.  Namun, dapatan  daripada  para guru yang telah mencuba
                produk ini mengatakan bahawa ianya mempunyai  potensi yang tinggi dan boleh dijadikan
                sebagai satu produk yang boleh dikormersialkan.


                Kata Kunci : lukisan, cat air, intervensi, mood



                PENGINOVATOR


                                Sekolah : SK Methodist ACS                    Sekolah : SK Gopeng Taman
                                Kampar Perak                                  Gopeng Baru, Perak
                                Opsyen : Pendidikan Seni Visual,              Opsyen : Pendidikan Seni Visual,
                                Bahasa Melayu                                 Bahasa Melayu
                                Pengalaman Mengajar : 5 tahun                 Pengalaman Mengajar : 5 tahun



                VIDEO INOVASI

                Sila imbas QR Code ini                                Sila tekan link YouTube ini


                                                                    https://youtu.be/k3QJV_s0tj0













                                                           19             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39