Page 79 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 79
SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN 2021
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
SMK RAJA MUDA MUSA TELUK INTAN PERAK
LATAR BELAKANG UNIT HAL EHWAL MURID
Unit HEM membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang
seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan
kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan
kepada perjalanan dan pengurusan HEM di sekolah ini.
OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan:
o Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
o Memantapkan pengurusan hal ehwal murid serta menghasilkan program-program Hal Ehwal Murid yang
dapat membantu kecemerlangan sekolah.
o Melahirkan murid yang berdisiplin dan berhemah tinggi.
o Menjana murid yang berdaya saing dan berkemahiran di peringkat global
GARIS PANDUAN TUGAS GURU
1.0 GURU TINGKATAN
1.1 Pengurusan Pentadbiran dan Organisasi Kelas
(i) Menubuhkan organisasi kelas yang terdiri :
* Penaung (Pengetua)
* Penasihat (Guru Kelas)
* Pengerusi (Ketua Kelas)
* Naib Pengerusi (Penolong Ketua Kelas)
* Setiausaha
* Bendahari
* Ahli Jawatankuasa Kelas (Kebersihan/ Keceriaan/ Akademik/ NILAM)
(ii) Menerangkan tugas-tugas ahli jawatankuasa supaya setiap ahli sedar, faham, mahu, boleh buat dan
memberi komitmen secara berterusan.
(iii) Memastikan perkara-perkara berikut dipamerkan di dalam kelas :
Carta organisasi kelas
Garis panduan latihan kecemasan / kebakaran
Jadual waktu kelas
Pelan laluan kebakaran
Jadual bertugas
Maklumat mata pelajaran
Inventori kelas
Pelan kedudukan murid
Sudut NILAM
Data kehadiran murid
Peraturan keselamatan di dalam bilik darjah
(iv) Memastikan segala perabot termasuk kipas angin, lampu, suis dan alatan lain dalam keadaan
baik, berfungsi dan tidak berbahaya.
(v) Memaklumkan kepada murid-murid tentang perubahan jadual waktu.
Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah 2021 68