Page 83 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 83

SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN                                             2021




                  vi.   Mencatat pengumuman dan hal penting dari Ucaptama Pengetua/ pihak pentadbir di dalam buku Laporan
                      Bertugas.
                  vii.   Memastikan semua alatan yang digunakan dikemaskan dan tempat perhimpunan bersih.
                  viii.  Memastikan  semua  murid berbaris  dalam keadaan  senyap  dan  bergerak ke kelas masing-masing  dalam
                      keadaan teratur.
               2.3     Masa Datang/ Balik Sekolah

                   i.   Datang  awal  ke  sekolah  selewat-lewatnya  pada  pukul  7.00  pagi  bagi  memantau  pergerakan  murid  dan
                      persekitaran sekolah dan menyambut kehadiran murid.
                  ii.   Balik 30 minit lewat selepas waktu terakhir
                       a.  Pastikan tiada murid yang tertinggal bas, berada di bilik sakit dll.
                       b.  Pastikan suis kipas, lampu, hawa dingin dimatikan.
                       c.  Pastikan semua bilik khas dikunci dan tingkap ditutup.

               2.4     Kehilangan Duit/ Barang-Barang Bernilai

                   i.   Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
                  ii.   Simpan duit yang dijumpai oleh murid dan duit yang tidak dituntut perlu diserahkan kepada PK HEM pada
                      hujung minggu tersebut atau terus masukkan ke dalam tabung sekolah di pejabat. Berikan kredit kepada
                      murid yang menjumpai  duit dalam jumlah yang banyak (RM 10.00 atau lebih) dan  barang yang bernilai
                      dengan menambah amalan baik murid tersebut dalam SSDM.


               2.5     Pemantauan Di Kawasan Persekitaran Sekolah/ Keadaan Sekolah dan Murid
                  i.       Disiplin Murid

                       a.  Membuat  pengawasan  menyeluruh  terhadap  murid-murid  sebelum  waktu  pertama  bermula,  semasa
                          rehat , sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan segera serta munasabah jika perlu.
                          Berada di kantin (Jika tiada waktu PdPc pada masa rehat) untuk memantau disiplin murid.
                       b.  Pastikan pergerakan murid dari kantin ke kelas dalam keadaan senyap dan beratur.
                       c.  Guru  bertugas  mingguan  sesi  petang  hendaklah  memastikan  murid-murid  berkumpul  di  dewan  di
                          samping mengawal suasana di dalam dewan.

                   ii.         Keadaan Kantin, Bilik Darjah dan Tandas
                       a.  Memantau kebersihan di kantin.
                       b.  Mengendalikan  Pertandingan  Kebersihan  dan  Keceriaan  Kelas  semasa  bertugas  (Isi  Borang
                          Permarkahan pertandingan di dalam fail). Fail disimpan di pejabat.
                       c.  Memastikan  tandas berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.


                  iii.        Kawasan Sekolah
                       a.  Meronda/  memantau  kawasan  persekitaran  sekolah  bagi  memastikan  kebersihan,  kesihatan  dan
                          keselamatan serta keceriaan terjaga.
                       b.  Mengambil tindakan segera jika didapati kawasan persekitaran sekolah kurang bersih, kurang sihat,
                          kurang selamat dan kurang ceria.

               2.6     Menguruskan Murid Sakit
                  i.   Menghubungi ibu bapa/ penjaga murid jika murid tersebut sakit/ berlaku hal-hal di luar jangkaan/
                       menghubungi pihak hospital (ambulans) untuk kes kecemasan.
                  ii.   Menghantar murid ke hospital/ pulang ke rumah dengan menggunakan kereta sendiri jika ibu bapa/ penjaga
                       tidak dapat mengambil murid tersebut di sekolah.
                 iii.   Jika ada kelas, sila maklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran supaya dapat  disediakan guru ganti.



               Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah  2021                                                 72
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88