Page 87 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 87

SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN                                             2021







                  5.4.1.3   MENGUTAMAKAN AMALAN BAIK
                                   Sistem ini mengutamakan Amalan Baik sebagai proses pembentukan sahsiah. Murid-murid
                                   akan digalakkan melakukan Amalan Baik untuk mengingkatkan status sahsiah diri. Dengan
                                   pemupukan Amalan Baik ini diharap dapat mengawal kecenderungan murid-murid
                                   melakukan kesalahan disiplin dari semasa ke semasa.


                    5.4.1.4   PENGUKURAN SAHSIAH
                                   Dalam mengklasifikasikan sahsiah murid-murid, sistem mata (markah) diperkenalkan.
                                   Klasifikasi berasaskan sistem mata ini boleh digunakan dalam membantu murid-murid,
                                   terutama yang ‘high risk’, untuk meningkatkan status sahsiah ke arah yang lebih baik. Mana
                                   kala murid-murid yang ‘baik’ akan digalakkan untuk mencapai status sahsiah  ‘Amat Baik’
                                   dan ‘terpuji’. 5 Status Sahsiah :


                             i.  Terpuji
                             ii. Amat Baik
                            iii. Baik
                            iv. Perlukan Perhatian
                             v. Perlukan Perhatian Serius


                   5.4.1.5   KAWALAN SISTEM
                           Sistem ini akan mengawal tindakan / hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling
                           Ikhtisas serta peraturan-peraturan bagi mengelakkan ketidakpuasan hati masyarakat. Selain
                           itu, sistem juga akan mengeluarkan surat-surat amaran dan  makluman tindakan dalam
                           bentuk yang seragam dan standard, dan dicetak secara automasi.

                   5.4.1.6   KES KHAS
                          Tambahan perkara dalam senarai salah laku telah dibuat, yang merujuk kepada Kes Khas,
                           iaitu kes-kes yang hanya untuk dilaporkan, dan bukan untuk diambil tindakan / hukuman oleh
                           pihak sekolah. Senarai kes khas ini dibuat dengan mengambil kira Surat Pekeliling Ikhtisas
                           serta keperluan data-data kementerian untuk dilaporkan kepada Parlimen.

                  5.4.1.7   MESRA PENGGUNA
                          Sistem ini dibina dengan mengambil kira aspek ‘mesra pengguna’. Kemudahan-kemudahan
                          dan capaian sistem yang ‘mesra pengguna’ ini diharap dapat meyakinkan guru-guru untuk
                          meggunakan sistem ini tahap yang maksimum, sekali gus menghidangkan data-data nasional
                          yang lebih tepat.

                  5.4.1.8    MUDAH DIAKSES
                          Sistem ini mudah diakses oleh semua pihak, terutama guru di sekolah, selain PPD, JPN, KPM,
                          murid-murid, dan penjaga. Selain penggunaan laptop dan komputer, sistem ini dirancang
                          penggunaannya hingga capaian android dan smart phone.


                  5.4.1.9   MELIBATKAN SEMUA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN
                                Sistem ini membina rangkaian kerja yang jelas dalam kalangan semua pihak yang
                                berkepentingan dengan pendidikan, sama ada murid-murid, penjaga, guru-guru, pegawai-
                                pegawai PPD, JPN dan KPM

                    5.4.2   OPERASI SISTEM


                    5.4.2.1 WEB (ONLINE)
                          Sistem ini adalah berasaskan ‘Web’, yang boleh diakses oleh guru-guru, Ketua Guru Disiplin /
                          GPK HEM, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pengetua, Pegawai-pegawai PPD, JPN, KPM,
                          murid-murid, dan penjaga dengan agihan dan pecahan tugas yang jelas.



               Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah  2021                                                 76
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92