Page 82 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 82
SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN 2021
1.5 Pengurusan Buku SPBT, Biasiswa, KWAPM, Bantuan dan Kebajikan
Membantu penyelaras JK SPBT untuk mengedar dan mengumpul buku-buku SPBT pada tarikh yang
ditetapkan. Pastikan buku dalam keadaan baik.
Mencadangkan nama murid yang memerlukan bantuan kepada setiausaha JK Pengurusan Bantuan
Pelajaran Murid. (rujuk senarai jawatankuasa).
Mengurus bersama dengan setiausaha Biasiswa dan KWAMP dari semasa ke semasa.
1.6 Pengurusan Kegiatan Kokurikulum
Menentukan rumah sukan kepada setiap murid dan memastikan setiap murid
mempunyai rumah sukan.
Memastikan setiap murid menjadi ahli dalam persatuan, kelab, permainan dan unit
beruniform.
Memaklumkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum mana-mana murid yang tidak menjadi ahli
mana-mana kegiatan kokurikulum.
1.7 Tugas-tugas lain
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke
semasa.
2. 0 GURU BERTUGAS MINGGUAN
2.1 Tugas Umum
i. Memastikan tarikh bertugas dan melaksanakan tugas harian dari hari Isnin hingga ke hari Jumaat /Sabtu.
ii Melaksana dan menjayakan semua aktiviti / program mengikut jadual guru bertugas mingguan.
iii. Mencatat ucapan Pengetua dan semua pengumuman yang disampaikan pada minggu tersebut ke dalam
Fail Laporan Guru Bertugas Mingguan yang disimpan di pejabat sekolah.
iv. Dapatkan Fail Laporan Guru Bertugas pada hari Isnin dan kembalikan fail laporan setelah diisi untuk
disemak dan ditandatangan oleh Pengetua.
2.2 Perhimpunan Sekolah
i. Setiausaha Perhimpunan Sekolah/ penyelaras perhimpunan sekolah hendaklah mengurus dan menyusun
atur majlis perhimpunan sekolah mengikut atur cara perhimpunan rasmi seperti berikut:
a. Nyanyian :
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri Perak
- Lagu Sekolah
b. Bacaan Ikrar Rukun Negara/ Ikrar Murid
c. Bacaan Doa
d. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Jika ada isu)
e. Pengumuman (jika ada)
f. Penyampaian Hadiah (jika ada)
g. Ucaptama Pengetua/ pihak pentadbir
ii. Semua pengumuman perlu dicatat oleh guru bertugas di dalam buku Rekod Ucapan dan Pengumuman.
Catatan : Mengikut protokol, selepas ucaptama pengetua, tiada ucapan lain oleh pihak lain.
iii. Memastikan semua murid berada di tempat perhimpunan/ dewan dalam keadaan teratur dan senyap mengikut
kelas masing-masing dan membawa buku catatan.
iv. Mengawal disiplin dan adab murid-murid sepanjang perhimpunan berlangsung.
v. Pastikan persediaan dibuat dengan rapi untuk perhimpunan termasuk pembesar suara, susunan kerusi, meja
hadiah yang beralas (jika perlu) dan lain-lain.
Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah 2021 71