Page 80 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 80

SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN                                             2021










                      (vi)  Melaporkan sebarang kerosakan (perabot/ kemudahan asas dengan segera kepada setiausaha
                             JK Perabot dan JK Penyelenggaraan Sekolah (rujuk senarai jawatankuasa).

                     (vii)  Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebersihan, keceriaan dan keselamatan di kelas.

               1.2     Pengurusan Jadual Kedatangan APDM e-kehadiran
                      (i)    Butir-butir murid
                             (Pengisian maklumat APDM adalah sulit. Murid-murid tidak dibenarkan mengisi maklumat
                             dalam komputer)
                            Pastikan  semua  butiran  mengenai  murid  dan  ibu  bapa/  penjaga  dilengkapkan.  Maklumat
                              pendapatan  ibu  bapa/  penjaga  hendaklah  yang  terkini  (tahun semasa)  berdasarkan slip  gaji/
                              pengesahan pendapatan dan lain-lain
                            Alamat murid berdasarkan bil air/ elektrik yang terkini.
                            Pastikan murid-murid adalah warganegara Malaysia – semak kad pengenalan/ sijil lahir.

                      (ii)  Kedatangan harian murid
                            Mengisi kedatangan harian murid sebelum 10.00 pagi bagi sesi pagi dan sebelum 2.00 petang bagi
                              sesi petang kecuali hari Jumaat (sebelum 3.00 petang) di dalam APDM. Murid yang datang lewat
                              dikira hadir.
                            Memastikan ketua kelas membuat catatan kehadiran pelajar di dalam buku kecil kehadiran di pejabat
                              dan mengembalikan buku tersebut ke pejabat selepas waktu kedua untuk rujukan guru kelas dan
                              Unit HEM.


                       (iii)  Maklumat keluar/ masuk/ berhenti murid
                            Sila  maklumkan  kepada  SU  APDM  tentang  perkara  ini.Nyatakan  sebab  keluar/  berhenti  seperti
                              berikut::
                                     -   Tamat Tingkatan 5
                                     -   Berhenti sekolah dengan kehendak keluarga
                                     -   Buang sekolah
                                     -   Pindah sekolah
                                     -   Pindah kelas dan lain-lain
                            Mengeluarkan Sijil Berhenti kepada murid yang berhenti sekolah/ buang sekolah/ MRSM dan lain-
                              lain (sila rujuk pejabat).
                            Jika ada murid yang keluar atau berhenti pada satu-satu bulan, jumlah hari yang hadir hendaklah
                              diselaraskan pada bulan berikutnya.
                            Serahkan slip peperiksaan, borang markah PBD/Ujian Bertutur&Mendengar(BM,BI,BT/BC),  Kerja
                              Kursus, Folio RBT, PAJSK, SEGAK dan lain-lain yang berkaitan.


                       (iv)  Murid masuk
                            Senaraikan  nama  murid  yang  masuk  dan  dapatkan  nombor  pendaftaran  murid  baru  daripada
                              Setiausaha  JK  Buku  Pendaftaran  Murid  (rujuk  senarai  jawatankuasa)  serta  isikan  butiran  murid
                              dengan lengkap dalam Buku Pendaftaran Murid dengan kadar segera dalam tempoh 10 hari tarikh
                              kemasukannya.
                            Minta murid baru isikan borang pendaftaran dengan lengkap, berserta salinan kad pengenalan/ sijil
                              lahir untuk difailkan).
                            Pastikan  borang  markah  PBD/  Ujian  Bertutur&Mendengar  dan  lain-lain  diterima  daripada  pihak
                              sekolah asal. Jika tiada, sila maklumkan kepada PK HEM/ PK Petang untuk tindakan lanjut.
                            Menentukan  rumah  sukan  dan  kegiatan  kokurikulum  (rujuk  setiausaha  sukan  dan  setiausaha
                              kokurikulum sekolah).
                            Murid yang telah berhenti/ keluar tetapi masuk semula, perlu diberi nombor pendaftaran yang baru.

                   (v)  Ketidakhadiran murid  ke sekolah (ponteng) – mengikut prosedur
                            Surat amaran mesti dihantar mengikut garis panduan di bawah


               Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah  2021                                                 69
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85