Page 85 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 85

SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN                                             2021




               EMPAT LANGKAH UNTUK DIINGAT BERSAMA-SAMA :


                 Bunyikan Loceng             Kosongkan               Arahan               Hubungi
                  Berturut-Turut             Bangunan               Berbaris            Pihak Bomba




               4.0     PENGURUSAN DISIPLIN MURID
                  i.   Setiap  guru  tingkatan  mestilah  mengadakan  pemeriksaan  ke  atas  murid-  murid  di  kelasnya  sekurang-
                       kurangnya 2 kali dalam setiap bulan.
                  ii.   Tarikh dan masa pemeriksaan terpulanglah kepada budi bicara guru masing-masing. Pemeriksaan secara
                       mengejut ada kelebihannya.
                 iii.   Sebarang  kes  salah  laku  yang  dikenal  pasti  khususnya  kes  serius  mestilah  dimaklumkan  kepada  Guru
                       Disiplin/
                       PK HEM.
                 iv.   Semua guru boleh memasukkan salah laku murid dan amalan baik murid dalam Sistem Salah Laku
                       Disiplin Murid (SSDM).
                  v.   Kes ponteng hanya dimasukkan oleh guru tingkatan sahaja dalam SSDM.
                 vi.   Selaku guru bertugas mingguan, guru-guru adalah bertanggungjawab mengendalikan perhimpunan dengan
                       sempurna, mengawal  murid-murid  semasa  waktu  rehat  terutamanya ketika  di  kantin  dan  mengenal  pasti
                       punca-punca  murid  datang  lewat  ke  sekolah  supaya  tindakan  yang  dikenakan  terhadap  murid-murid
                       berkenaan adalah adil dan bersesuaian. Murid- murid yang hadir ke sekolah mestilah dilayan seperti “tetamu”
                       sesuai dengan Amalan Guru Penyayang.
                 vii.   Semua guru mesti prihatin dengan masalah ponteng sekolah atau ponteng kelas. Ambillah tindakan segera
                       mengikut prosedur yang ditetapkan dan memaklumkannya kepada ibu bapa/ penjaga murid.
                viii.   Guru-guru diminta merujuk Buku Panduan Disiplin murid untuk dijadikan panduan semasa mengambil
                       tindakan dan membuat pemeriksaan salah laku murid.
                 ix.   Semua murid mestilah mematuhi garis panduan berikut semasa pemeriksaan disiplin :
                         Memakai lencana sekolah.
                         Memakai tanda nama yang betul (ejaan dan warna)
                         Memakai pin/ cangkuk kecil baju bagi yang berbaju kurung.
                         Memakai singlet/’camisole’ bagi yang berbaju agak nipis terutamanya pengawas, pengawas PSS,
                           ketua tingkatan, penolong ketua tingkatan (tanpa pinafore/ tudung)
                         Pinafore/ skirt mestilah labuhnya melebihi paras lutut (sekurang-kurangnya 2”).
                         Bersanggul dengan kemas atau mengikat rambut yang panjang dengan kemas.
                         Memakai kasut hitam dengan stoking hitam atau kasut putih dengan stoking putih kecuali bagi mereka
                           yang telah ditetapkan warna kasutnya seperti pengawas dan pengawas pusat sumber.
                  x.   Semua murid adalah dilarang :
                         Berkuku panjang, berinai dan mewarnakan kuku.
                         Mewarnakan rambut, fesyen rambut yang keterlaluan dan mencabut bulu kening.
                         Membawa atau memakai perhiasan/ aksesori (cincin, rantai, gelang, dll)
                         Bersubang lebih daripada satu bagi satu telinga atau bersubang di satu telinga sahaja. Subang mestilah
                           di tempat yang sepatutnya dan saiznya kecil sahaja.
                         Membawa cecair pemadam dan alat solek ( lipstik, bedak, blusher dll )
                         Membawa rokok, vape, ‘lighter’, mancis dan merokok/ gam (inhalen)
                         Membawa majalah hiburan, surat dan gambar peribadi, telefon bimbit, kaset, cd, radio, iPad, iPhone
                           kamera, permainan video, note book/ laptop dll tanpa kebenaran bertulis daripada guru.
                         Membawa apa-apa senjata termasuk gunting yang bukan digunakan untuk memotong kertas.
                         Membawa apa-apa juga barangan/ peralatan/ perkakas yang menunjukkan unsur- unsur lucah/ jenayah/
                           perkauman dan yang boleh mengancam individu lain.





               Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah  2021                                                 74
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90