Page 86 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 86
SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN 2021
5.0 KONSEP SSDM
5.1 PENGENALAN
Sistem e-SSDM ini merupakan penambahbaikan sistem SSDM sedia ada. Sistem ini mementingkan Amalan Baik
sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara
pada masa hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sIstem ini, status sahsiah seseorang murid
boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.
5.2 TUJUAN
Antara tujuan sistem ini adalah untuk
5.2.1 Menambahbaik sistem SSDM sedia ada.
5.2.2 Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling
Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
5.2.3 Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia
teknologi maklumat dan komunikasi.
5.2.4 Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan
dan Kaunseling.
5.2.5 Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / PK HEM, Pengetua, Guru
Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
5.2.6 Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan
5.3 PROSES KERJA
5.3.1 Perekodan Kes Salah Laku
5.3.1.1 Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.
5.3.1.2 Ketua Guru Disiplin / PK HEM menjalankan siasatan, dan jika sah, akan mencadangkan hukuman.
5.3.1.3 Pengetua boleh sama ada menukar hukuman, dan mengesahkan hukuman.
5.3.1.4 Ketua Guru Disiplin / PK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh Pengetua.
5.3.1.5 Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat.
5.3.1.6 Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-
murid tersebut
5.3.2 Perekodan Amalan Baik
5.3.2.1 Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem.
5.3.2.2 Sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan pelaporan Status Sahsiah murid.
5.4 LATAR BELAKANG SSDM V2.0
5.4.1 CIRI-CIRI
5.4.1.1 PANGKALAN DATA DISIPLIN
SSDM V2.0 akan menjadi pangkalan data tunggal pengurusan disiplin murid, daripada
peringkat sekolah hingga peringkat nasional. Data-data dalam sistem ini akan dijadikan
rujukan oleh semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan.
5.4.1.2 SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN
Data-data dalam sistem ini boleh dijadikan asas dalam memantau tahap disiplin dan sahsiah
murid, seterusnya semua pihak boleh berganding bahu dalam usaha membantu murid-murid,
terutama yang bermasalah disiplin, ke arah kecemerlangan sahsiah diri dan akademik.
Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah 2021 75