Page 81 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 81
SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN 2021
Surat Ponteng berturut Ponteng berselang Tindakan
Amaran pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Surat biasa
Amaran kedua 7 hari selepas amaran 10 hari selepas amaran Surat berdaftar
pertama Hari ke-10 pertama Hari ke-20
Amaran ketiga 7 hari selepas amaran ke-2 20 hari selepas amaran Surat berdaftar
Hari ke-17 ke-2 Hari ke-40 AR
Buang sekolah 14 hari selepas amaran 20 hari selepas amaran Tandatangan
akhir (ke-3) akhir (ke-3) Pengetua
Hari ke-31 Hari ke-60 Surat berdaftar
AR
Jumlah hari 31 hari 60 hari
tidak hadir
Guru tingkatan perlu memasukkan kes ponteng ini dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
apabila murid telah sewajarnya diberi surat amaran 1, 2, 3 dan buang sekolah.
Surat amaran boleh diprint terus melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan perlu
ditandatatangani oleh Pengetua.
Sediakan dalam 3 salinan (1 salinan untuk simpanan guru, 1 salinan untuk simpanan pejabat
dan 1 salinan untuk dihantar kepada ibu bapa/ penjaga) dan pastikan alamat penerima betul.
Isikan borang Rekod Hantaran Surat Amaran (Fail di pejabat).
Guru tingkatan seharusnya menghubungi ibu bapa/ penjaga murid dengan kadar
segera sebelum masalah ponteng semakin rumit.
(vi) Peringatan
Laporan Kehadiran Bulanan APDM perlu disahkan dan dicetak pada hari akhir persekolahan setiap
bulan dan diletakkan di pejabat. Penyelaras tingkatan bertanggungjawab menguruskannya jika
guru tingkatan tidak hadir.
Salinan surat amaran, surat sakit/ makluman murid boleh difailkan secara berasingan.
1.3 Pengurusan Ujian/ Peperiksaan, Surat Berhenti dan Surat Akuan
Mengedarkan jadual waktu peperiksaan dalaman/ awam kepada murid.
Menyelia pengisian borang-borang pendaftaran peperiksaan PT3/ SPM.
Menyusun kedudukan murid dalam kelas mengikut abjad.
Melengkapkan slip keputusan ujian/ peperiksaan sekiranya diminta oleh setiausaha peperiksaan
dalaman.
Sediakan surat berhenti dan surat akuan (Tingkatan 5).
1.4 Pengurusan Masalah Pembelajaran, Kesihatan dan Disiplin
Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.
Rujuk murid yang bermasalah kepada guru Bimbingan dan Kaunseling/ disiplin/ PK HEM.
Memastikan Buku Pemantauan Kelas diisikan dengan lengkap oleh guru yang masuk mengajar kelas
tersebut dan buku tersebut hendaklah diletakkan di bilik HEM setelah tamat sesi persekolahan oleh
ketua kelas.
Mengadakan pertemuan dengan ibu bapa/ penjaga murid yang bermasalah bagi membincang dan
menyelesaikan masalah murid.
Sentiasa mengikuti perkembangan murid dari segi pelajaran, kesihatan, disiplin dan kebajikan
supaya dapat bertindak segera jika timbul sebarang masalah.
Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah 2021 70