Page 84 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 84

SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN                                             2021





               2.7     Membuat Pengumuman

                   i.        Memastikan maklumat sampai kepada semua murid/ guru/ warga sekolah terutama tentang perkara-
                             perkara penting/ isu semasa.

                  ii.        Membuat pengumuman (jika perlu) pada hari yang tiada perhimpunan.



               3. 0    GARIS PANDUAN KAWAD KECEMASAN

               3.1     Prosedur Tindakan

                    i.    Bunyikan Loceng : tanda kecemasan apabila loceng dibunyikan berturut-turut.

                    ii.   Kosongkan Bangunan

                       a.  Apabila loceng dibunyikan, semua murid berdiri di tepi meja dan berjalan  dengan cepat mengikut pelan
                           gerak arah kecemasan kebakaran  seperti yang dipamerkan di dalam kelas/ terdapat dalam buku takwim
                           ini (Pelan Sekolah) dan berhimpun di kawasan yang diarahkan.
                       b.  Bawa dompet. Jangan buang masa dengan mengemas barangan yang lain.
                       c.  Berbaris di padang mengikut kelas masing-masing seperti dalam perhimpunan.
                       d.  Ketua  kelas/  Penolong  Ketua  Kelas  hendaklah  memadamkan  suis  lampu,  kipas  dan  tutup  pintu
                           sebelum meninggalkan kelas.
                       e.  Ketua Kelas/ Penolong Ketua Kelas hendaklah memasttikan bilangan murid di kelas masing-masing
                           sama seperti  jumlah kehadiran pada hari tersebut.
                       f.   Kakitangan Makmal hendaklah menutup gas dan kakitangan lain memberi bantuan memadamkan api.
                       g.  Suis besar elektrik hendaklah dipadamkan. (Tindakan: En.  Badiuzzaman)

                    iii.  Arahan Berbaris
                       a.  Semua guru mestilah mengawasi murid-murid di tempat mereka berkumpul.
                       b.  Guru Tingkatan hendaklah menyemak nama murid di kelas masing-masing berdasarkan senarai nama
                          terkini.
                          .
                   iv.  Hubungi Pihak Bomba
                       a.  Kakitangan pejabat mestilah menghubungi pihak bomba.
                       b.  Pengawal Keselamatan, dibantu oleh pekerja-pekerja swasta, hendaklah membuka semua pintu
                          pagar.

















               Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah  2021                                                 73
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89