Page 8 - Microsoft Word - kaedah PdP abad ke 21 font 12
P. 8

Tool Kits 89 Kaedah PdP Abad ke 21
            BIL          NAMA                                     CARA                                CATATAN
           69.   Personal Action Plan        Setiap murid dikehendaki membuat pelan tindakan peribadi
                  ( Pelan tindakan       mereka sendiri mengenai topik/isu tertentu. Contoh
                  peribadi)                 a)  Segera
                                            b)  1 Bulan
                                            c)  6 bulan

           70.   Traffic Lights                  Satu cara penilaian kendiri di awal, semasa atau di akhir PdP. 3
                  ( Lampu Isyarat)       warna digunakan.
                                            a)  Green – (Hijau ) Saya yakin saya tahu
                                            b)  Yellow – (Kuning ) Rasa-rasa saya tahu
                                            c)  Red – (Merah)  Saya tidak tahu


           71.   Post It Notes                  Murid di minta menulis nota /  catatan di atas kertas dan kemudian
                  ( Nota tampalan )      ditampal di papan kenyataan selepas PdP

           72.   Talk Partners                 Murid diberi peluang berbual/berbincang mengenai isu / topik yang
                  ( Rakan Berbual)       dipelajari dengan rakan mereka
           73.   Webs / Spider           Strategi ini hampir sama dengan m,enyediakan peta minda. Murid
                  Diagrams                       digalakkan  mencatat idea mereka dalam bentuk ytang kreatif
                  ( Rajah Sarang Labah-
                  labah )

           74.   Make Predictions           Murid diminta membuat andaian / jangkaan sebelum demo/ujikaji
                  ( Membuat andaian)     dijalankan.Selepas demo/ujikaji dijalankan murid diminta
                                         berbincang mengenai andaian mereka sebelum ujikaji tersebut
                                         adakah tepat atau kurang tepat.

           75.   Circle Time                     Murid duduk di dalam kumpulan secara bulatan sama ada diatas
                  ( Bulatan Masa)        kerusi atau di atas lantai. Guru menyediakan bola atau beg
                                         kacang. Sesiapa yang memegang bola @ beg tersebut diminta
                                         memberi pandangan tentang tajuk yang diperbincangkan.
                                         Kemudian murid tersebut akan memberi  bola kepada pelajar lain
                                         pula untuk memberi peluang mereka bercakap pulak

           76.   Envoys ( Utusan)        Setiap kumpulan diberi tugasan. Seorang utusan dipilih dari setiap
                                         kumpulan  untuk menerangkan hasil perbincangan mereka kepada
                                         kumpulan baharu di samping mendapatkan pandangan daripada
                                         kumpulan baharu. Utusan akan kembali semula ke kumpulan asal
                                         dan menyatakan pendapat kumpulan lain kepada kumpulan
                                         asalnya.

           77.   Rainbow Groups             a)  Murid berada dalam kumpulan dan ditentukan tajuk yang
                  ( Kumpulan Pelangi)           berbeza bagi setiap kumpulan untuk perbincangan (Home
                                                Group)
                                            b)  Setelah perbincangan bina kumpulan baru (Colour Group)
                                                yang terdiri daripada ahli setiap kumpulan yang berlainan
                                            c)  Murid akan menyatakan hasil perbincangan mereka
                                                kepada kumpulan baru mereka.











                                                            8
   3   4   5   6   7   8   9   10