Page 69 - NELCON2018-PROGRAM
P. 69

F15  KAJIAN PENGGUNAAN APLIKASI KAHOOT TERHADAP KURSUS ELEKTRONIK KUASA BAGI
              PELAJAR PROGRAM KEJURUTERAAN MEKATRONIK DI JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL,
                                                 POLITEKNIK MERLIMAU

                                                                                        3
                                                         1
                                                                        2
                                Ainul Azniza Ahmad Zaini , Rosmawati, J ,  Gadaffi Omar

               1,2,3
                  Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Merlimau Melaka, Merlimau, 77300, Malaysia
                                                ainul@pmm.edu.my (A.Z)
                                              rosmawati@pmm.edu.my (J)

            ABSTRAK Kahoot merupakan  suatu  aplikasi  penilaian  secara online yang  dibina  oleh  pensyarah
            untuk  merangsang  minat  murid  semasa  proses  PdP  melalui  suasana  pembelajaran  secara
            interaktif. Aplikasi ini dapat digunakan melalui pelbagai peranti antaranya ialah komputer, tablet

            dan telefon pintar. Tujuan dan Objektif Kajian: tujuan untuk mengkaji penggunaan aplikasi kahoot
            terhadap  kursus  Elektronik  Kuasa  bagi  Pelajar  Semester  4  di  Jabatan  Kejuruteraan  Mekanikal,
            Politeknik  Merlimau  sebagai  inovasi  PdP.  Metodologi:  Responden  bagi  kajian  ini  melibatkan  31
            orang  pelajar  semester  4  di  Jabatan  Kejuruteraan  Mekanikal,  Politeknik  Merlimau.  Kajian  ini
            berbentuk  deskriptif  dimana  pengetahuan  dan  tahap  kesediaan  pelajar  terhadap  penggunaan
            aplikasi kahoot juga diukur menggunakan instrumen soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis
            dengan menggunakan perisian SPSS versi 20 dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan dan
            kekerapan.  Dapatan  Kajian:  Dapatan  kajian  menunjukkan  majoriti  responden  yang  mengambil
            bahagian melebihi 90%  bersetuju dimana pelajar seronok, teruja, lebih tertumpu dan penglibatan
            aktif di dalam kelas. Peratusan melebihi 90% responden bersetuju menggunakan aplikasi Kahoot
            dalam  kursus  kejuruteraan  dan wujud  persaingan  dikalangan  pelajar.  Impikasi  Kajian:  Kajian  ini

            diharapkan  dapat  membantu  pelajar  dan  pensyarah  menggunakan Kahoot dalam  pendekatan
            proses P&P yang digabungkan dengan kemajuan teknologi terkini, bahkan juga turut menerapkan
            unsur didik hibur dan dilihat sangat sesuai dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke 21.



            Kata-kunci:  Aplikasi kahoot, elektronik kuasa, Inovasi pdp

























                                                           69
   64   65   66   67   68   69   70   71   72