Page 65 - NELCON2018-PROGRAM
P. 65

F11  SPIN BOARD GAME 3D MENINGKATKAN PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR DALAM
                                               MEMPELAJARI MATEMATIK

                                                             1
                          Wan Norliza Binti Wan Nasaruddin , Nor Hidayah Bt Ahmad Mustafa     2
                                                 Kolej Komuniti Selandar


            ABSTRAK      Kajian ini dilakukan bagi mengkaji keberkesanan dalam pencapaian pelajar melalui

            penggunaan Spin Board Game 3D dalam meningkatkan pencapaian dan motivasi pelajar dalam
            mempelajari  subjek  Matematik.  Tinjauan  awal  mendapati  pelajar  kurang  menunjukkan  minat

            kerana  kurang  memahami  serta  tidak  memberi  tumpuan  terhadap  proses  pengajaran  dan
            pembelajaran  di  dalam  kelas.  Seramai  50  orang  pelajar  Kolej  Komuniti  Selandar  yang  terdiri
            daripada pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Sistem Komputer Dan Sokongan, dan juga

            Sijil Teknologi Penyejukkan dan Penyamanan Udara, Kolej Komuniti Selandar telah dipilih sebagai
            responden  bagi  kajian  ini.  Kaedah  penilaian  yang  dilakukan  ialah  melalui  borang  kajian  soal
            selidik, pemerhatian, temubual, serta ujian pra dan pos digunakan bagi mengumpul data mengenai

            kajian  tindakan  ini.  Kajian  ini  dilakukan  terhadap  pelajar-pelajar  ini  di  Kolej  Komuniti  Selandar,
            Melaka. Data yang dikumpul dianalisa melalui kaedah SPSS versi 23. Dapatan menunjukkan hasil
            daripada  penggunaan  alat  bantu  mengajar  iaitu  Spin  Board  Game  ini  telah  menunjukkan

            peningkatan  dari  segi  minat,  motivasi  dan  pencapaian  pelajar  Koej  Komuniti  Selandar  di  dalam
            matapelajaran matematik.


            Kata Kunci: Spin board game 3D, matematik, kolej komuniti.










































                                                           65
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70