Page 62 - NELCON2018-PROGRAM
P. 62
F08 PENILAIAN SIKAP DAN TINGKAHLAKU PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI DIGITAL PSMZA:
SATU TINJAUAN
1
Suziwati Binti Yusof , Murniyati Binti Abdul 1
1
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000,
Terengganu;
suziwati@psmza.edu.my
ABSTRAK Kecemerlangan akademik pelajar adalah bertitik tolak dengan proses pembelajaran
yang konsisten dan efektif. Antara faktor kecemerlangan adalah sikap dan tingkahlaku pelajar
dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah dalam satu tempoh pengajian.
Kelewatan pelajar dalam menghantar setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah akan
mempengaruhi prestasi akademik pelajar bagi satu tempoh tertentu. Kajian bertujuan
mengenalpasti tahap sikap dan tingkahlaku yang mempengaruhi kelewatan pelajar dalam
menghantar tugasan kepada pensyarah. Seramai 92 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar
kursus Diploma Teknologi Digital (DDT) yang terdiri daripada pelajar semester Satu dan Dua dari
jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi PSMZA. Data dikumpul menggunakan kaedah tinjauan
dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 11.5
(SPSSv11.5). Analisis diterjemahkan dalam bentuk skor min. Dapatan kajian mendapati bahawa
faktor sikap dan tingkah laku pelajar sangat mempengaruhi kelewatan pelajar dalam menghantar
tugasan yang diberikan. Jadi dapat dirumuskan bahawa sikap dan tingkah laku pelajar yang suka
melengah-lengahkan masa penghantaran tugasan sangat memberi kesan kepada kelewatan
pelajar dalam penghantaran tugasan kepada pensyarah. Penerapan nilai murni oleh pensyarah
kepada pelajar bagi membentuk nilai positif dalam diri pelajar tersebut bagi memastikan masalah
kelewatan ini dapat ditangani. Tindakan penambahbaikan boleh dilaksanakan oleh pensyarah
dengan menerapkan nilai kendiri positif dalam diri setiap pelajar bagi memastikan isu kelewatan
dapat ditangani dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian pelajar yang cemerlang dalam
akademik.
Kata Kunci: Kelewatan, sikap dan tingkah laku, tugasan pelajar.
62