Page 63 - NELCON2018-PROGRAM
P. 63

F09  KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN COMPUTER NETWORK COURSEWARE DALAM
                             PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF PELAJAR

                                                                                   1
                                                             1
                                      Murniyati Binti Abdul , Suziwati Binti Yusof
             1
             Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun,
                                                      Terengganu;


                                                murniyati@psmza.edu.my





            ABSTRAK        Alat  Bantu  Mengajar  (ABM)  merupakan  elemen  yang  penting  dalam  proses
            pengajaran  dan  pembelajaran  (P&P).  Sejajar  dengan  perkembangan  teknologi  pendidikan  pada
            masa  kini,  ABM    berbantukan  komputer  semakin  banyak  dihasilkan  bagi  meningkatkan  mutu
            pendidikan  di  negara  kita.  Kajian  ini  dijalankan  untuk  menguji  keberkesanan  penggunaan
            Computer  Network  Courseware  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  di  Jabatan  Teknologi

            Maklumat  dan  Komunikasi  (JTMK),  Politeknik  Sultan  Mizan  Zainal  Abidin  (PSMZA).  Courseware
            yang dibangunkan ini digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas
            bagi  kursus  Introduction  To  Networks.  Courseware  ini  menjadi  medium  alternatif  bagi
            meningkatkan  kefahaman  pelajar  dalam  mempelajari  kursus  tersebut.    Responden  kajian  yang
            terlibat  adalah  seramai  66  orang  yang  terdiri  daripada  pelajar  semester  2,  Seksyen  DDT2S1,
            Seksyen DDT2S2 dan Seksyen DDT2S3, Diploma Teknologi Digital (DDT),  sesi  Disember 2017 di
            Jabatan  Teknologi  Maklumat  &  Komunikasi,  Politeknik  Sultan  Mizan  Zainal  Abidin.  Soal  selidik
            merupakan  instrumen  kajian  utama  yang  digunakan  dalam  pengumpulan  data  kajian  manakala
            rekabentuk persampelan yang digunakan pula adalah secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan
            bahawa  tahap  keberkesanan  penggunaan  courseware  ini  berada  pada  tahap  yang  tinggi.
            Kesimpulan  daripada  dapatan  hasil  kajian    jelas  menunjukkan  courseware  ini  dapat  membantu

            pelajar dalam memberi gambaran yang lebih jelas  tentang sesuatu topik dan menjimatkan masa.
            Malah  peningkatan  pengetahuan  pelajar  yang  lebih  berkualiti  akan  memberikan  impak  yang
            maksimum dalam keputusan peperiksaan.



            Kata Kunci : Computer Network Courseware, Pengajaran dan Pembelajaran, Multimedia















                                                           63
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68