Page 67 - NELCON2018-PROGRAM
P. 67
F13 PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM KALANGAN MURID KEMAHIRAN HIDUP
TINGKATAN TIGA DI SMK SUNGAI MAGGIS, BANTING, SELANGOR
1
2
Atiqah Wafaa Hadana , Zaliza Hanapi , Irdayanti Mat Nashir 3
Fakulti Teknikal Dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim 35900, Perak
atiqahwafaa@gmail.com
ABSTRAK Peta pemikiran i-think ini bermaksud innovative thinking iaitu pemikiran inovatif yang
bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan
pelajar. Tujuan peta pemikiran i-Think ini adalah ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis
dan inovatif. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-
Think bagi mengenalpasti tahap kefahaman dan tahap minat murid menggunakan peta pemikiran
i-Think. Kajian ini dijalankan di SMK Sungai Manggis, Banting, Selangor yang melibatkan 156 orang
murid Tingkatan 3. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 20 yang melibatkan min,
tahap dan sisihan piawai. Hasil dapatan soalan soal selidik menunjukkan pada tahap kefahaman
dengan menggunakan peta pemikiran i-Think sebanyak ( nilai skor min = 3.680 dan tahap tinggi),
tahap minat dengan menggunakan peta pemikiran i-Think sebanyak ( nilai skor min = 3.672 dan
tahap tinggi). Dapatan tersebut menunjukkan penggunaan peta pemikiran i-Think dapat
meningkatkan tahap kefahaman dan tahap minat murid tingkatan tiga dalam Kemahiran Hidup.
Implikasi daripada kajian ini membolehkan murid memahami peta pemikiran i-Think dengan lebih
jelas dan secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk belajar dan meningkatkan
kefahaman serta pencapaian murid. Oleh itu, penggunaan peta pemikiran i-Think sebagai satu
cara atau kaedah baharu yang dapat merangsang murid-murid berfikir aras tinggi (KBAT)
seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup lebih menarik.
Kata Kunci: Peta pemikiran i-Think, kemahiran berfikir aras tinggi
67