Page 66 - NELCON2018-PROGRAM
P. 66
F12 KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN AURA WORKSHEETS DI KALANGAN PELAJAR
1
2
3
Nafisah Binti Harun , Marshitah Binti Muhamad , Siti Sara Binti Yaacob Zubir
1
Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, 35950, Perak;
nafisah@psas.edu.my
2
Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, 35950, Perak;
marshitah@psas.edu.my
3
Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, 35950, Perak;
siti_sara@psas.edu.my
ABSTRAK AURA WORKSHEETS merupakan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang
menerapkan teknologi web 2.0. Ia merupakan helaian kerja amali yang dihasilkan bagi
memberikan kesan beraura kepada pelajar dan menerapkan elemen grafik dan video. Maklumat
seperti teks, rajah, jadual dan video dimasukkan ke dalam helaian kerja ini. Objektif utama inovasi
ini adalah untuk membantu para pelajar memahami proses kerja secara berulang-ulang tanpa
bersemuka dengan pensyarah. Kaedah penghasilan dimulakan dengan memuat naik bahan melalui
aurasma.com oleh pensyarah. Pelajar boleh merujuk helaian kerja amali dengan membuka aplikasi
aurasma studio untuk melihat paparan teks, rajah, jadual dan video amali tersebut. Pelajar hanya
perlu mengimbas imej menggunakan aplikasi aurasma studio untuk menyemak jawapan kiraan
contoh yang telah disediakan. Secara keseluruhannya, inovasi ini menunjukkan keberkesanan yang
tinggi dan impak yang positif kepada pengguna dengan mencatatkan tahap skor min yang tinggi
iaitu melebihi 4.0. Item yang mencatat tahap skor min yang paling tinggi adalah Kandungan
helaian kerja mudah difahami iaitu sebanyak 4.38. Secara kesimpulannya, semua pihak iaitu
pelajar, pensyarah dan juga institusi dapat merasai aura dan teknologi baru daripada penggunaan
Aura Worksheets ini. Helaian ini berpotensi membantu proses P&P dengan pemahaman lebih baik
melalui bahan yang disediakan.
Keywords: Augmented Reality, Worksheets, Aurasma.com dan Aurasma Studio.
66