Page 60 - NELCON2018-PROGRAM
P. 60
F06 KAJIAN KEBERKESANAN : KAJIAN KES SISTEM E-DATABASE DESIGN DI JABATAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Ramlah Binti Md Zain
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,
Dungun, 23000, Terengganu
ramlah@psmza.edu.my
ABSTRAK Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini telah melahirkan
satu evolusi dalam teknologi pendidikan apabila pembelajaran mudah alih atau Mobile Learning
(M-Learning) diperkenalkan bagi meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Dengan pembelajaran mudah alih, seseorang boleh melakukan pembelajaran pada waktu dan
tempat yang lebih fleksibel. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan Sistem
E-Database Design yang merupakan sebuah sistem maklumat berpusat yang berasaskan web dan
aplikasi mudah alih. Ia digunapakai oleh pelajar di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang mengambil kursus Database Design.
Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana penerimaan pelajar terhadap sistem
yang berasaskan web dan aplikasi mudah alih ini yang telah dilaksanakan serta mengkaji tahap
kebolehgunaan dan kemampuan sistem ini dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan
pembelajaran. Instrumen soal selidik dengan skala lima mata digunakan dengan melibatkan
seramai 46 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester dua program Diploma Digital
Teknologi di JTMK, PSMZA yang mengambil Kursus Database Design. Data yang diperolehi
dianalisis dan dipersembahkan dalam frekuensi, peratusan dan skor min yang kemudiannya akan
diinterpretasikan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa tahap keberkesanan penggunaan sistem ini berada pada tahap tinggi dengan skor min
sebanyak 4.56. Manakala Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.95.
Kata Kunci: E-Database Design, pembelajaran mudah alih, berasaskan web.
60