Page 57 - NELCON2018-PROGRAM
P. 57
F. E-Learning Research Methods and Approaches
F02 KAJIAN KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERPUSATKAN
PELAJAR BAGI KURSUS DYA 3033 AUTOMATION AND ROBOTIC IN AGRICULTURE DI POLITEKNIK
SANDAKAN SABAH
Norsuhailizah binti Sazali
Politeknik Sandakan Sabah
norsuhailizah@pss.edu.my
ABSTRAK Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berpusatkan pelajar adalah kaedah
pembelajaran yang menumpukan kepelbagaian aktiviti dikalangan pelajar didalam kelas. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar bagi kursus DYA 3033 Automation and Robotic in Agriculture di Politeknik
Sandakan Sabah. Seramai 82 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar
Diploma Agroteknologi semester 3 (DAG 3A, DAG 3B, DAG 3C) sesi Jun 2017. Kesemua pelajar ini
adalah gabungan diantara tiga kelas tersebut. Pelajar –pelajar ini adalah pelajar yang mendapat
keputusan yang lemah dalam KUIZ 2 DYA 3033.Ujian pra dan pasca, kaedah pemerhatian, soal
selidik dan temu bual digunakan untuk mengumpul data tentang kesan tindakan. Untuk mengatasi
masalah ini, kaedah pengajaran berpusatkan pelajar melalui aktiviti Gallery Walk, dan Think-pair-
share telah dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti ini didapati berkesan dan membantu pelajar dalam
meningkatkan pencapaian pembelajaran di samping dapat menarik minat mereka untuk menyertai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran DYA 3033. Justeru itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar mampu meningkatkan pencapaian pelajar dan minat pelajar dalam
pembelajaran.
Kata Kunci: Kaedah pengajaran berpusatkan pelajar, Automation and Robotic in Agriculture, ujian
Pra dan Pasca, soal selidik.
57