Page 53 - NELCON2018-PROGRAM
P. 53

D14  PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERISIAN E-PEMBELAJARAN INTERAKTIF MULTIMEDIA

              “WATER SUPPLY AND WASTE WATER ENGINEERING E-LEARNING (WWEEL COURSEWARE)” BAGI
                                KURSUS WATER SUPPLY AND WASTE WATER ENGINEERING

                                                                        2
                                           1
                   Siti Zuraifa Binti Md Sah , Shahrun Nazida Binti Salleh , Suriani Nasution Binti Padzlan 3
                          1
                           Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka, Melaka, 75250, Malaysia
                                                zuraifa@polimelaka.edu.my
                          2
                           Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka, Melaka, 75250, Malaysia
                                            shahrun_nazida @polimelaka.edu.my
                          3
                           Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka, Melaka, 75250, Malaysia
                                                suriani@polimelaka.edu.my

            ABSTRAK    Fenomena biasa yang dapat dilihat bagi pengajaran di dalam bilik kuliah adalah di mana
            para  pelajar  akan  mudah  bosan  sekiranya  pensyarah  memberi  penerangan  terlalu  laju  dan  tidak
            memberikan maklumat yang jelas. Ini bermakna, proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus

            berbentuk kuliah adalah terbatas disebabkan masa yang agak singkat dan ditambah dengan bilangan
            pelajar yang ramai yang mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza. Menyedari permasalahan ini,
            pengkaji telah membangunkan sebuah perisian pembelajaran interaktif multimedia Water Supply and
            Waste Water Engineering E-Learning (WWEEL Courseware) bagi kursus DCC5152 Water and Waste

            Water  Engineering  bagi  membantu  meningkatkan  pemahaman  pelajar.  Metadologi  kajian
            merangkumi pembangunan perisian yang boleh berdiri sendiri menggunakan perisian Visual Basic 6
            bagi  memberi  gambaran  keseronokan  belajar  berpandukan  kepada  Model  rekabentuk  Rapid
            Application  Development  (RAD).  Proses  penilaian  dilakukan  bagi  mendapatkan  pandangan  pelajar

            dari aspek rekabentuk informasi, rekabentuk antaramuka dan rekabentuk interaktif. Sampel kajian
            seramai 41 orang responden daripada keseluruhan populasi kajian seramai 50 orang pelajar semester
            4,  Diploma  Kejuruteraan  Awam  di  Politeknik  Melaka.  Rekabentuk  kajian  adalah  kajian  kes  dan
            instrumen  kajian  yang  digunakan  adalah  melalui  edaran  borang  soal  selidik.  Hasil  dapatan  kajian

            analisis bagi tujuh aspek kajian menunjukkan analisis bahagian kesimpulan mendapat nilai skor min
            yang tinggi (4.32), aspek isi kandungan dan terminologi skor min yang diperoleh adalah (4.31), diikuti
            aspek multimedia ialah (4.24), skor min untuk keberkesanan perisian adalah (4.20), aspek paparan
            skrin  pula,  skor  min  yang  diperoleh  adalah  (4.09)  dan  skor  min  untuk  latarbelakang  pengalaman

            pelajar  dalam  menggunakan  komputer  adalah  (3.72).  Kajian  ini  diharapkan  dapat  membantu
            golongan  pensyarah  khususnya  di  dalam  merangka  dan  melaksanakan  proses  pengajaran  dengan
            lebih  berkesan  dan  kepelbagaian  kandungan  perisian  ini  dapat  menarik  minat  pelajar  untuk  terus
            mempelajari kursus ini dan secara langsung dapat meningkatkan motivasi pelajar.




            Kata Kunci:  Water Supply and Waste Water Engineering, e-pembelajaran, Courseware



                                                             53
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58