Page 49 - NELCON2018-PROGRAM
P. 49
D10 PEMBANGUNAN MODUL PEMETAAN KONSEP KOLABORATIF DAN INDIVIDU DALAM USAHA
MEMUPUK KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS MURID DALAM SAINS
1
Fatin Azhana Abd Aziz , Lilia Halim 2
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 43600, Selangor fatinazhana@yahoo.com
2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 43600, Selangor
liliahalim@gmail.com
ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan modul Pemetaan Konsep Kolaboratif (PKK)
dan modul Pemetaan Konsep Individu (PKI) dalam usaha memupuk Kemahiran Berfikir Kritis (KBK)
murid dalam Sains. Model reka bentuk instruksi Dick and Carey digunakan bagi tujuan pembangunan
modul. Ujian kesahan bagi modul PKK dan PKI dijalankan berdasarkan penilaian empat orang pakar
dalam bidang pendidikan Sains. Keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa modul memperoleh
penilaian kesahan yang cemerlang. Maklum balas daripada responden mengenai modul PKK dan PKI
adalah positif. Oleh itu, modul PKK dan PKI boleh digunakan sebagai pendekatan alternatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Sains bagi tujuan memupuk Kemahiran Berfikir
Kritis (KBK) murid dalam Sains.
Kata kunci: Pemetaan konsep, pendidikan Sains, pembangunan modul.
49