Page 48 - NELCON2018-PROGRAM
P. 48

D09  KEBERKESANAN PETA PEMIKIRAN TERHADAP PENULISAN KARANGAN, SIKAP, DAN

                                   PENCAPAIAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN ENAM


                                                                                  2
                                                              1
                                         Mohd Zaki Mohamed &Zamri Mahamod

                     1
                     Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
                                                 mohdzaki2128@gmail.com
                     2
                     Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
                                                      d-zam@ukm.my



            ABSTRAK  Proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu Penulisan boleh dijadikan
            sebagai medium berkesan untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian ini bertujuan untuk
            mengkaji keberkesanan penggunaan peta pemikiran terhadap aspek penulisan karangan, sikap, dan

            pencapaian  Bahasa  Melayu  murid  tahun  enam.  Kajian  kuasi  eksperimental  ini  dijalankan  selama
            enam  minggu  melibatkan  19  orang  murid  kumpulan  eksperimen  yang  didedahkan  dengan  peta
            pemikiran dan 13 orang murid kumpulan kawalan dengan kaedah tradisional. Dapatan menunjukkan
            bahawa  min  bagi  skor  aspek  penulisan,  sikap,  dan  pencapaian  selepas  proses  PdPc  menggunakan

            peta pemikiran berada pada tahap tinggi. Terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) terhadap ketiga-tiga
            aspek  murid  kumpulan  eksperimen  selepas  menjalani  proses  PdPc  menggunakan  peta  pemikiran.
            Sebaliknya, tidak terdapat perbezaan signifikan (p>0.05) ketiga-tiga aspek yang sama terhadap murid
            kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional. Hal ini menunjukkan bahawa peta pemikiran

            mempengaruhi dan menyumbang kepada peningkatan skor aspek penulisan, perubahan sikap, dan
            peningkatan  markah  pencapaian  murid  dalam  proses  PdPc  Bahasa  Melayu  Penulisan  berbanding
            dengan kaedah tradisional.


            Kata kunci:  Peta pemikiran, Bahasa Melayu Penulisan, sikap, pencapaian



























                                                             48
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53