Page 51 - NELCON2018-PROGRAM
P. 51
D12 KAJIAN KES : PENGUASAAN KONSEP UNGKAPAN ALGEBRA TERHADAP UNGKAPAN BOOLEAN
DALAM KALANGAN PELAJAR YANG MENGAMBIL KURSUS DIGITAL SYSTEM DIPLOMA
KEJURUTERAAN MEKATRONIK, POLITEKNIK KOTA KINABALU
Seri Alifah binti Dahnel¹, Ahmad Ikhwan Ahmad²
1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, 88460, Malaysia;
alifah@polikk.edu.my
2
Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, 88460, Malaysia;
ikhwan@polikk.edu.my
ABSTRAK Ungkapan algebra merupakan cabang matematik yang menggabungkan sistem nombor
dan pemboleh ubah dalam satu operarasi aritmetik. Bagi pelajar kejuruteraan di semua politeknik
Malaysia, topik algebra asas terkandung dalam silibus Matematik Kejuruteraan 1 yang diambil ketika
berada di semester 1. Hakikatnya, para pelajar kejuruteraan wajib menguasai konsep asas tersebut
kerana algebra mempunyai banyak cabang ilmu yang akan dipelajari sepanjang hayat, antaranya
algebra Boolean. Algebra Boolean telah menjadi tonggak dalam pembangunan elektronik digital dan
diguna pakai dalam semua bahasa pengaturcaraan moden. Justeru itu, bagi kursus Digital System,
algebra Boolean merupakan teras yang memangku kekuatan kursus tersebut. Walaupun kedua-dua
konsep saling berkaitan, kebanyakan pelajar yang mengambil kursus Digital System mengalami situasi
sukar dalam menyelesaikan permasalahan algebra Boolean. Lantas, satu kajian kes mengenai tahap
penguasaan konsep asas ungkapan algebra terhadap penyelesaian ungkapan algebra Boolean
melibatkan 98 orang responden dilakukan bagi mengetahui prestasi pelajar dalam menguasai kursus
Digital System. Satu set soalan yang mengandungi kedua-dua ungkapan algebra telah digunakan dan
dianalisis. Hasil kajian mendapati rata-rata pelajar semester 3 Diploma Kejuruteraan Mekatronik
(DEM) khususnya masih tidak dapat menguasai ungkapan asas seterusnya ungkapan Boolean dengan
baik.
Kata Kunci: Algebra asas, algebra Boolean, lemah konsep
51