Page 56 - NELCON2018-PROGRAM
P. 56

E02   KESEDIAAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI AMPANG KE ARAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN

                                                        TERADUN
                                                                                           2
                                                            1
                             NUR AIZYA MAPPISSAMMENG , MOHD NORHISHAM DOLLAH
                     1
                     Kolej Komuniti Ampang, Ampang, 68000, Selangor ; nuraizya@kkampang.edu.my
                    2
                    Kolej Komuniti Ampang, Ampang, 68000, Selangor ; norhisham@kkampang.edu.my

            ABSTRAK    Perkembangan teknolgi maklumat dalam dunia pendidikan telah dilaksanakan secara

            meluas  didalam  setiap  peringkat  pengajian  daripada  pra  sekolah  sehinggalah  ke  peringkat

            pengajian tinggi dan permintaan terhadap teknologi dalam pendidikan semakin meningkat. Ekoran

            daripada  kepesatan  evolusi  teknologi  digital,  ianya  membawa  kepada  e-pembelajaran  dalam

            proses  pengajaran  dan  pembelajaran.  Dalam  transisi  perubahan  era  pemodenan  instruksional
            secara  konvensional,  iaitu  secara  bersemuka  dan  secara  digital  yang  dipraktikkan  dipanggil

            pembelajaran teradun. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan bagi mengukur tahap kesedian pelajar

            Kolej  Komuniti  Ampang  bagi  penggunaan  kaedah  pembelajaran  teradun.  Kajian  kuantitatif  ini
            menggunakan  instrument  soalan  yang  telah  diagihkan  kepada  99  orang  responden  yang  terdiri

            daripada  pelajar  berlainan  jantina  dan  program  pengajian.  Hasil  kajian  mendapati  secara

            keseluruhan terdapat perbezaan nilai min yang besar antara pelajar lelaki dan perempuan. Hasil

            daripada  analisis  data  menunjukkan  bahawa  kesediaan  pelajar  daripada  Program  Diploma  in

            Mobile Technology mencatatkan skor min paling tinggi iaitu (M = 3.246, S.P = 0.372) diikuti dengan
            Program  Teknologi  Telekomunikasi  (M  =  3.114,  S.P  =  0.521)  dan  Program  Sijil  Teknologi

            Telekomunikasi (M = 3.023, S.P = 0.587).


            Kata Kunci:  pembelajaran teradun, kesediaan, e-pembelajaran



















                                                           56
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61